LEDAKAN DARI BLOGOSFERA!!
print this page
ENTRI TERKINI
Showing posts with label 1MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label 1MALAYSIA. Show all posts

Persembahan Psy Tidak Melibatkan Wang Rakyat - PM @NajibRazak


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, PSY, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina semalam tidak melibatkan wang rakyat.

Perdana menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hit 'Gangnam Style'.

"Sekadar untuk mengulangi, persembahan PSY langsung tidak melibatkan wang rakyat. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menonton," kata beliau menerusi mesej Twitter.

Persembahan PSY adalah antara kemuncak majlis yang dihadiri lebih 80,000 orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town.-- BERNAMA
0 comments

Pemuda Umno Bantu Bawa Pulang Mayat Claudia Dari Lubnan

KUALA LUMPUR: Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO akan membantu menguruskan penghantaran pulang mayat Claudia Theophilus, Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, yang maut terkena tembakan Sabtu lalu.

Pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata dua wakil biro itu akan ke Beirut bersama-sama dua anggota keluarga Claudia untuk menguruskan proses membawa balik mayat mendiang.

"Tujuan kami untuk ke sana adalah untuk mendapat maklumat terperinci mengenai punca kematian mangsa serta menguruskan proses untuk membawa balik mayat mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay memberitahu Bernama, kedutaan Malaysia di Lubnan sedang membuat persiapan untuk membawa mayat pulang.

Kohilan berkata mayat mendiang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Rabu ini sebelum dibawa keluarganya ke Seremban, Negeri Sembilan.

"Pada masa ini, pihak berkuasa Lubnan sedang menjalankan bedah siasat dan melengkapkan dokumentasi," katanya.

Claudia, 42, penerbit yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dua hari lepas dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan ketika bersama dua rakannya rakyat Lubnan.

Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.

Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini. -BERNAMA

0 comments

#BeautifulMy: Jom Bersama Sejuta Rakyat Sertai My Beautiful Malaysia Day Pagi Ini!!


KUALA LUMPUR: Lebih sejuta rakyat khususnya golongan belia dijangka menyertai program ‘My Beautiful Malaysia Day’ pada 3 Februari ini yang berlangsung secara serentak di 100 lokasi seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

Beliau berkata, program itu bertujuan mencetuskan semangat sukarelawan dalam kalangan belia di negara ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa 2013 adalah Tahun Sukarelawan Negara.

Katanya, Perdana Menteri serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka turun padang bersama rakyat di Taman Medan Cahaya di sini semasa berlangsungnya program tersebut bagi menjayakan program sukarelawan itu.

"Harapan kita, dengan masa yang diluangkan Najib pada hari tersebut akan menyedarkan golongan belia tentang kepentingan serta murninya sifat sukarela ini.— BERNAMA=
0 comments

#JelajahAnakMalaysia Anak Muda Pendokong Transformasi!! cc @NajibRazak



PUTRAJAYA: Program Jelajah Anak Malaysia dilancarkan di Putrajaya pada hari ini dan akan berakhir semula di Kota Pentadbiran ini pada 16 Februari nanti membawa satu mesej bahawa anak-anak muda akan turut sama mempertahankan Putrajaya dari segala bentuk ancaman.

"Masih ramai anak muda (yang menyokong kerajaan) dan anak muda inilah yang mewakili suara sebenar anak muda di Malaysia" tegas Mohd Shahar Abdullah, Presiden Alumni ASPIRASI Malaysia dalam ucapan pembukaan semasa majlis pelancaran di SMK Presint 8 (1) Putrajaya, pagi tadi.

Program Jelajah Anak Malaysia merupakan kesinambungan kepada Jelajah Aman Kampus yang diadakan tahun lalu. Peserta yang menyertai program ini akan menjelajah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia bermula pada 1 Februari selama 16 hari.



Jelajah Anak Malaysia ini akan dilanjutkan ke Sabah pada 25 Februari hingga 3 Mac 2013 dan Sarawak pada 5 hingga 12 Mac 2013. Kemuncak program ini akan dilangsungkan pada 16 Mac 2013 atas nama Perhimpunan Anak Malaysia.

Selanjutnya di MediaPutrajaya
0 comments

Panel Tentukan Harga Telefon Mudah Alih Pintar Diwujudkan - Rais

KUALA LUMPUR: Sebuah panel khas diwujudkan bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatimberkata, panel itu, yang dianggotai syarikat telekomunikasi dan SuruhanjayaKomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan menentukan serta mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan.

"Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga akan memantau bersama panel itu untuk mengawal harga telefon mudah alih pintar itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai rebat RM200 yang ditawarkan kepada belia.

Rais ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pertandingan Badminton Persahabatan D'SURY dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Dewan Badminton, Istana Negara lama di sini.

Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan had maksimum RM500 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia yang bermula pada 2 Januari.

Sebelum ini, antara syarat bagi membolehkan belia berumur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kasar di bawah RM3,000 ialah mereka hanya dibenarkan untuk membeli telefon pintar yang berharga di bawah RM500 sahaja (sebelum rebat).

Rais berkata, langkah ini bertujuan memberi keadilan kepada semua pihak dan berharap bilangan belia yang mendaftar untuk mendapatkan rebat itu yang bermula sejak 1 Januari lalu akan meningkat menjelang tempoh tamat pendaftaran pada 31 Januari.

"Setakat ini, lebih 10,000 belia telah mendaftar untuk membeli dan KPKK mengharapkan bilangan meningkat dalam tempoh yang singkat, bergantung kepadakemampuan dan keperluan masing-masing," katanya.

Ketika ditanya mengapa golongan belia perlu mendaftar secara dalam talian, Rais berkata:

"Apa salahnya dengan pendaftaran. Ini satu daripada cara pihak berkuasa mengumpul semak data dan memaklumkan kepada industri telekomunikasi, mengenai berapa orang yang ingin membeli dan memenuhi permintaan pasaran. Ini bukanlah sesuatu yang kami lakukan untuk merumitkan keadaan."

Rais berkata, sekiranya golongan belia ingin menyuarakan pendapat atau pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dan juga menerusi laman web SKMM. - BERNAMA


0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger