LEDAKAN DARI BLOGOSFERA!!
print this page
ENTRI TERKINI
...KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT...

Panasss!! Azmin Ali Terus Buka Pekung PKR

KUALA LUMPUR 12 Mei - Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Azmin Ali terus 'membuka pekung' parti itu di laman sosial Twitter.

Terbaharu, Azmin menerusi akaun Twitter miliknya mengecam ahli veteran PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali yang terdahulu memuat naik kenyataan dipercayai menyalahkan tindakan beliau mempersoal serta mengkritik kepimpinan parti.

Syed Husin sebelum itu menyifatkan Azmin telah tersilap langkah sehingga menjejaskan kewibawaan dan kredibiliti Ahli Parlimen Gombak itu sebagai individu nombor dua parti.

"Sayang, mungkin Azmin tersilap langkah. Tindakan serta kenyataannya menjejas wibawa dan kredibiliti. Kenapa ke media? Tentulah UMNO menari gembira."

Azmin membalas tweet itu dengan menempelak Syed Husin dan 'mendedahkan' bahawa Ahli Dewan Negara itu tahu apa yang berlaku.

"Saudara tahu apa yang berlaku. Saudara juga hantar tweet serang Anwar kerana kerabat saudara tidak terpilih," tulis beliau.

Tidak terhenti di situ, Azmin terus 'menghentam' Syed Husin apabila meminta beliau berhenti daripada terus berpura-pura.

"Hentikan amalan kepura-puraan. Bila kena batang hidung sendiri, semua boleh. Kalau kena orang lain, soal kredibiliti. Tuntas!"

Beberapa hari lalu, Azmin mencuri tumpuan ramai apabila membuat kenyataan dalam Twitter yang dipercayai mengkritik pimpinan PKR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara kenyataan beliau ialah:

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat."

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara."

"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal."

Kelmarin, Azmin dalam satu sidang akhbar buat pertama kalinya secara terbuka mengakui masalah nepotisme berlaku dalam partinya sehingga mencetuskan kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor.

Pengerusi PKR Selangor itu tanpa berselindung menyalahkan Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada istana Selangor tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan negeri termasuk beliau. -UM
0 comments

Ujian Poligraf Husam Musa Dan Kickdafella Tentukan Kemenangan Di Putrajaya.


Nampak semakin banyak sambutan mengenai isu ujian poligraf yang telah dinyatakan oleh saudara Syed Azidi Syed Abd Aziz ke atas calon Pakatan Rakyat dari PAS iaitu Husam Musa untuk kawasan P125 Putrajaya . Warga Putrajaya menantikan kemunculan Husam Musa untuk ujian tersebut kerana mereka tidak percaya akan tomahan yang dilemparkan oleh Kickdafella kepada calon mereka.

Sehingga petang tadi Husam Musa masih lagi gagal untuk memberikan sebarang jawapan kepada pihak yang mencabar iaitu Kickdafella untuk hadir ke ujian poligraf.Bukan sahaja Husam yang berdiam diri, bahkan semua orang kanannya juga tidak berani memberi sebarang respon atas pelawaan ujian poligraf ini.

 Husam juga seakan-akan ingin melarikan diri daripada ujian poligraf yang ingin dijalankan keatasnya apabila dia membuat satu forum ataupun sesi dialog bersama dengan Tengku Adnan calon Barisan Nasional di Putrajaya. Sebelum memulakan sesi dialog bersama Tengku Adnan, Husam hendaklah pertama sekali menghadirkan diri ke sesi ujian itu bagi memastikan apa yang bakal disampaikan adalah sesuatu yang benar.

Ujian poligraf ini adalah bertujuan untuk memastikan individu yang diuji bercakap benar tentang apa yang disampaikan olehnya. Konsep ujian poligraf adalah apabila seseorang diganggu oleh soalan, perubahan pada fisiologikal yang dapat dikesan akan timbul. Hati seseorang akan mula berdebar, pernafasannya akan menjadi cepat, dan perubahan pada tekanan darah.


Jika dilihat dari rekod sebelum ini, Husam gagal untuk menunaikan janjinya di kawasan yang pernah dimenanginya. Dari projek kambing Jamnapari hingga ke yang terbaru projek terbarunya keretapi laju dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur masih lagi gagal untuk dilaksanakan.

Janji yang ditabur gagal dilaksana mungkin  ada kekangan untuk melaksanakannya, tapi apa pula alasan yang igin diberikan oleh Husam Musa apabila gagal memberikan feedback kepada kenyataan yang dia sendiri keluarkan melalui akaun facebooknya yang menyatakan kesemua ahli surau di Percint 11 telah dilucutkan jawatan serta merta selepas membenarkan dia memberi tazkirah?


Oleh sebab itu, ujian poligraf ini hendaklah dilakukan oleh Husam Musa untuk melihat apa yang dijanjikan olehnya sebelum ini adalah satu perkara yang benar dan bukannya satu penipuan untuk mengaburi pemikiran rakyat.

Warga Putrajaya perlu tahu bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang mereka perlu pilih. Adakah calon yang hanya pandai menipu dan menaburkan janji-janji manis ataupun calon yang akan menunaikan setiap apa yang dijanjikan.

Untuk sumber lain kelik SINI

"Warga Putrajaya dijemput hadir ke Sesi Ujian Poligraf dan Dialog Husam Musa bersama Kickdafella Di Kelab Tasik Putrajaya"
0 comments

#PRU13: [Full Video] Tun M Mahu Husam Musa Dikalahkan Dengan Teruk Di Putrajaya!! #TolakHusam #Husam4Putrajaya


Dengarkan amanat 'arkitek' pembina Putrajaya, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD di Presint 9 malam tadi di hadapan ribuan hadirin... Sesungguhnya warga Putrajaya sesekali takkan mengingkari amanat Tun, Putrajaya akan dipertahankan selamanya dari anasir-anasir buruk, berpuak dan perpecahan yang dibawa oleh PAS/PR!!


0 comments

Dakwaan Hadi Awang Calon PKR "Songsang' Bukti Pembangkang Tiada Kredibiliti Jadi Pemimpin - Muhyiddin Yassin


Pengakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya meletakkan calon di kawasan ditandingi PKR membuktikan kemelut dalam pakatan pembangkang yang menunjukkan mereka tidak mempunyai kredibiliti untuk diangkat sebagai pemimpin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan Abdul Hadi terhadap kemungkinan ada calon PKR terlibat dalam jenayah serta berfahaman "songsang" jelas menunjukkan PAS menolak calon yang diletakkan sekutu sendiri dengan anggapan mereka sebagai tidak layak untuk dipilih rakyat.

"Selain pertelingkahan antara PAS dan DAP yang tidak sepakat dalam banyak perkara, saya rasa pertembungan PAS-PKR ini agak boleh membawa kesan buruk pada negara kerana dalam soal kecil ini pun mereka tidak boleh capai kata sepakat.

"Jadi, dalam isu ini mesej yang jelas bagi rakyat ialah mereka (pakatan pembangkang) tidak mempunyai kredibiliti untuk dipilih sebagai calon untuk disokong," katanya mengulas dakwaan Abdul Hadi bahawa PAS mendapat maklumat ada calon sekutu dalam pakatan pembangkang yang menjual dadah jenis pil kuda.

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, Terengganu malam kelmarin turut mendakwa calon berkenaan menjulang gambar tokoh berfahaman komunis Joseph Stalin, Vladimir Lenin dan Karl Marx.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan bangunan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulim Bandar-Baharu di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata apa yang berlaku itu membuktian bahawa tiada pakatan di sebalik nama "pakatan rakyat" yang dibanggakan pakatan pembangkang.

"Rakyat kena faham kerana terbukti pakatan pembangkang sebenarnya tidak sepakat kerana hendak menentukan perkara sekecil itu pun mereka tiada muafakat," katanya.

Berhubung kesan kepada kempen BN bagi pilihan raya umum ke-13 ini selepas pemecatan 61 anggota Umno yang bertanding sebagai calon Bebas, Muhyiddin yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata pihaknya telah mengarahkan pemimpin di bahagian-bahagian tertentu supaya memberikan perhatian khusus kepada isu berkenaan.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi memastikan keadaan yang berlaku tidak mengganggu kelancaran kempen dan membawa kesan negatif kepada keputusan calon yang dipertaruhkan BN.

"Kita tahu keadaan ini memerlukan kita menanganinya segera dengan memberi tumpuan dan memantau keadaan di kawasan-kawasan tertentu tetapi sebenarnya sebahagian daripada mereka yang bertanding (calon Bebas) adalah anggota biasa Umno, hanya enam orang yang berjawatan," katanya.

Mengenai potensi untuk BN kembali menawan Kedah, Muhyiddin berkata peluang kini terbuka luas kerana daripada tinjauan yang dilakukannya dan laporan yang diterima menunjukkan rakyat hanya menunggu tarikh 5 Mei untuk mengundi BN.

Beliau berkata di sebalik reaksi positif rakyat, jentera dan calon BN tetap perlu memberi sepenuh tumpuan dengan melakukan gerak kerja yang teratur di seluruh negeri memandangkan tempoh waktu ke hari pengundian masih panjang.

"Kita tidak boleh terlalu yakin kerana kita tahu cabaran yang ada adalah hebat dan tidak boleh 'under estimate' tentang kekuatan lawan.

"Tetapi apa pun yang penting ialah sikap para pengundi yang cukup luar biasa di mana bahasa badan, kenyataan dan keghairahan untuk menyambut kedatangan pemimpin boleh memberi gambaran amat penting mengenai sokongan kepada BN," katanya.- BERNAMA
0 comments

Keyakinan BN Gombak Tawan Kawasan Azmin Ali


Barisan Nasional memperkenalkan muka baru untuk menentang Azmin Ali di Parlimen Gombak. Datuk Dr Rahman Ismail merupakan calon daripada Barisan Nasional yang akan memberi sinar baru kepada rakyat Gombak jika diberikan peluang untuk memenangi pilihanraya di kawasan tersebut.

Calon Barisan Nasional ini yakin kawasan Parlimen Gombak mampu beroleh kemenangan berdasarkan kepercayaan rakyat dilihat semakin meningkat akibat transformasi yang dilakukan oleh Dato Ser Najib. 

Menurutnya lagi, banyak usaha-usaha dilakukan oleh Perdana Menteri bagi menzahirkan transformasi yang di war-warkan. Program Barisan Nasional berkenaan dengan kos sara hidup menjadi keutamaan kerana warga bandar mengalami masalah dengan kos sara hidup yang tinggi.

Dr Rahman Ismail memberitahu, rakyat di Gombak mahu pembangunan seperti rumah mampu milik,  hub pelajaran dan lain lain. Mereka mahukan usaha-usaha ini diteruskan dan menjadikan Gombak sebagai sebuah bandar yang maju.

Beliau juga berjanji akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh masyarakat setempat bersesuaian dengan kemampuan dan masalah tersebut. Dr Rahman Ismail juga akan berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat Gombak dan mereka mendapat yang terbaik.



-MatDespatchOtai
0 comments

Raja Nong Chik Tidak Goyang Berdepan Fitnah "Menggila" Pembangkang.


Selama 30 tahun berjuang untuk memajukan kawasan Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik tetap akan meneruskan perjuangannya membela nasib rakyat di kawasan tersebut. 

Raja Nong Chik menyatakan sebelum dan semasa menjadi menteri, kawasan Lembah Pantai sentiasa menjadi keutamaan kepadanya untuk membela nasib setiap warga tempat berkenaan. Banyak perubahan dilakukan dalam tempoh perkhidmatannya, dari rumah setinggan bertukar menjadi sebuah rumah  yang selesa untuk dihuni oleh sesebuah keluarga.

Menteri wilayah itu memberitahu bahawa dia diserang oleh Nurul Izzah dari pelbagai isu tetapi serangannya tidak ada satu berkaitan dengan kawasan Lembah Pantai. Menurutnya lagi, isu kawasan yang dimainkan oleh pembangkang tidak berasas kerana tiada perubahan serta hasil kerja untuk rakyat.

Beliau asyik diserang melalui isu peribadi dan isu pengundi hantu. Menjelaskan isu pengundi hantu, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai ini menerangkan bahawa pengundi hantu yang didakwa oleh pembangkang merupakan penduduk sentinggan yang dulunya tidak mempunyai alamat yang tidak jelas dan ada diantaranya tidak wujud. Menurutnya lagi, pembangkang tidak mahu membahaskan apa yang telah beliau lakukan di kawasan Lembah Pantai dan wilayah.

Ditanya mengenai keyakinan tentang manifesto dan akujanji Barisan Nasional, Raja Nong Chik menjawab beliau yakin dengan manifesto yang dibentangkan dan berdasarkan asas-asas yang telah diletakkan selama satu penggal ini.

Calon Barisan Nasional Parlimen Lembah Pantai,P.121 menyatakan daripada sambutan-sambutan dan dari luahan hati rakyat yang ingin bersama Barisan Nasional, beliau melihat peluang untuk Barisan Nasional menang di kawasan itu adalah lebih baik daripada tahun 2008 setelah menggali kembali keyakinan rakyat.



-MatDespatchOtai
0 comments

Sokongan Kaum Cina Permatang Pauh Kembali Kepada BN - Dr Mazlan Ismail


Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail percaya kaum Cina di kawasan itu sudah kembali memberi sokongan kepada BN.

Katanya keyakinan itu berdasarkan kehadiran kaum Cina pada setiap program anjuran BN yang bertambah dan rata-rata mereka memberi reaksi positif terhadap program yang dianjurkan.

"Sambutan (masyarakat Cina) sangat hebat dan saya yakin sokongan ini datang dengan penuh keikhlasan daripada mereka semua untuk melihat satu perubahan yang besar berlaku di Permatang Pauh ini.

"Saya juga yakin dengan kawan-kawan saya, pemimpin yang ada di Permatang Pauh ini telah memberikan sokongan yang sangat padu kepada saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jalinan Mesra 1Malaysia anjuran Gerakan di Kampung Pauh Sama Gajah, dekat sini Ahad malam.

Beliau berkata semangat dan sokongan yang berterusan daripada semua pihak dapat membantu BN untuk memenangi hati kira-kira 16,000 pengundi Cina di kawasan parlimen itu.

Sementara itu, seorang penduduk yang hadir pada program itu, Teoh Soon Teik, 50, berkata BN mempunyai peluang untuk menawan Permatang Pauh pada pilihan raya umum kali ini.

Ini kerana katanya pelbagai program tranformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya menambat hati rakyat termasuk kaum Tionghua.

"Saya sokong Barisan Nasional...pemimpin-pemimpin semua bagus. Saya yakin BN boleh menang," kata Teoh, seorang kontraktor.

Bagi Lee Chie Jei, 50, slogan 'Ubah' yang dilaung-laungkan pakatan pembangkang sesuai dijadikan motivasi untuk berubah daripada memilih pakatan pembangkang kepada BN bagi memerintah kawasan kubu kuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.- BERNAMA
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. Unit Media Baru UMB-PPUM - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger