KUALA LUMPUR: Lebih sejuta rakyat khususnya golongan belia dijangka menyertai program ‘My Beautiful Malaysia Day’ pada 3 Februari ini yang berlangsung secara serentak di 100 lokasi seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.
Beliau berkata, program itu bertujuan mencetuskan semangat sukarelawan dalam kalangan belia di negara ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa 2013 adalah Tahun Sukarelawan Negara.
Katanya, Perdana Menteri serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka turun padang bersama rakyat di Taman Medan Cahaya di sini semasa berlangsungnya program tersebut bagi menjayakan program sukarelawan itu.
"Harapan kita, dengan masa yang diluangkan Najib pada hari tersebut akan menyedarkan golongan belia tentang kepentingan serta murninya sifat sukarela ini.— BERNAMA=
Post a Comment