KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, PSY, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina semalam tidak melibatkan wang rakyat.
Perdana menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hit 'Gangnam Style'.
"Sekadar untuk mengulangi, persembahan PSY langsung tidak melibatkan wang rakyat. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menonton," kata beliau menerusi mesej Twitter.
Persembahan PSY adalah antara kemuncak majlis yang dihadiri lebih 80,000 orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town.-
- BERNAMA
Post a Comment