PUTRAJAYA: Program Jelajah Anak Malaysia dilancarkan di Putrajaya pada hari ini dan akan berakhir semula di Kota Pentadbiran ini pada 16 Februari nanti membawa satu mesej bahawa anak-anak muda akan turut sama mempertahankan Putrajaya dari segala bentuk ancaman.
"Masih ramai anak muda (yang menyokong kerajaan) dan anak muda inilah yang mewakili suara sebenar anak muda di Malaysia" tegas Mohd Shahar Abdullah, Presiden Alumni ASPIRASI Malaysia dalam ucapan pembukaan semasa majlis pelancaran di SMK Presint 8 (1) Putrajaya, pagi tadi.
Program Jelajah Anak Malaysia merupakan kesinambungan kepada Jelajah Aman Kampus yang diadakan tahun lalu. Peserta yang menyertai program ini akan menjelajah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia bermula pada 1 Februari selama 16 hari.
Jelajah Anak Malaysia ini akan dilanjutkan ke Sabah pada 25 Februari hingga 3 Mac 2013 dan Sarawak pada 5 hingga 12 Mac 2013. Kemuncak program ini akan dilangsungkan pada 16 Mac 2013 atas nama Perhimpunan Anak Malaysia.
Selanjutnya di MediaPutrajaya
Post a Comment