LEDAKAN DARI BLOGOSFERA!!
print this page
ENTRI TERKINI
Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Manifesto Siapa Tiru Siapa?



Penganut pembangkang nampaknya begitu ghairah mendakwa kononnya 'Aku Janji BN' untuk PRU13 yang ingin menurunkan harga kereta dikatakan diciplak dari pembangkang. Benar manifusto PR menjanjikan penurunan harga kereta, begitu juga BN.

Dakwaan ciplak ini timbul hanya kerana satu perkataan saja iaitu 'TURUN'.

Justeru itu, untuk membuktikan strategi BN tidak sama dengan PR kita kena ikuti congak kira dari si jambu terlebih dahulu.

Segala maklumat yang diperolehi oleh jambu Rafizi Ramli adalah sama iaitu dari MOF. 

Strategi Rafizi Ramli sebagaimana diperolehi dari blognya - SINI
  • Menghapuskan /memotong cukai (duti eksais) secara berperingkat 20% setiap tahun.
  • Menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan A.
  • Memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan.
Strategi BN pula : 
  • Menurunkan Duti Eksais sebanyak 20 - 30 % secara berperingkat.
  • Mengekalkan penjualan AP (bukan lelongan seperti apa yg Rafizi lakukan)
Apa yang jelas kedua-dua strategi ini wujud perbezaan yang ketara, tetapi ramai yang jenis malas membaca dan hanya fokus kepada perkataan 'TURUN HARGA KERETA' - manifesto BN dikatakan meniru PR.

Sekarang kita lihat kesan atau impak terhadap kedua-dua strategi ini, yang mana lebih bagus dan yang mana pula memberi kesan buruk kepada ekonomi negara?

Strategi BN vs. PR - Mana Satu Bagus?
1) Menurut tafsiran kewangan tahun 2012, pendapatan negara menerusi duti eksais adalah sebanyak RM 7 billion. Dan ianya meningkat setiap tahun sebanyak 4 %. 
2) Menurut Rafizi, duti inilah yang hendak mereka hapuskan secara berperingkat selama 5 tahun. Apabila ini berlaku, negara akan mengalami defisit seperti berikut : (unit Billion)
  • 2013: 7.0 
  • 2014: 7.3 
  • 2015: 7.6 
  • 2016: 7.9 
  • 2017: 8.2 
  • 2018: 8.5 
  • 2019: 8.9 
  • 2020: 9.2 
2.1) Rafizi sedar akan berlakunya defisit yang banyak. Maka beliau mengambil langkah berani dengan melelong AP, bukan menjual AP. Harga penjualan AP per unit adalah RM 10 000 sekarang ini. Tetapi, Rafizi akan melelongkan AP dengan harga mula RM 10 000. Ini bermakna, harga AP yang terjual bukan RM10k tapi lebih dari itu. Tak mengapa, sebab mereka yang membeli AP ini adalah kenderaan import. Dan hanya mereka yg berduit sahaja akan membida AP dgn harga yg mahal.

2.2). Menurut beliau juga, pendapat dari lelongan AP inilah yg digunakan secara maksimum utk 3 tahun pertama (2013-2015).

**Boleh rujuk blog beliau.

Selanjutnya di blog Double-Y
0 comments

Rafizi Janji Bulan Dan Bintang Jika Anwar Jadi PM


Rakyat Malaysia akan dapat membeli motorsikal dengan harga yang jauh lebih murah jika Anwar dipilih untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 nanti.

Rafizi Ramli berkata, di bawah pentadbiran Umno-BN sekarang, pemilik motosikal perlu membayar duti eksais sehingga 20 peratus bagi saiz enjin bawah 150cc dan 30 peratus untuk kapasiti enjin melebihi 150cc.

“Ini bermakna bagi motosikal paling murah sekitar RM5,500. Jumlah cukai yang dikenakan adalah RM1,334 (cukai eksais dan cukai jualan),” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

“Lebih membebankan apabila institusi kewangan tidak menawarkan pinjaman untuk membeli motosikal bersaiz enjin rendah kerana ia tidak mempunyai nilai pasaran kedua yang baik.

-Selanjutnya diblog MediaPermatangPauh
0 comments

Pakatan Rakyat Masih Tiada Calon PM


PERSOALAN siapakah yang akan dicalonkan oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 kini semakin ‘misteri’ kerana nampaknya parti-parti yang bernaung di bawahnya mula mengambil sikap membisu.

Jika sebelum ini mereka seolah-olah sepakat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut tetapi kini parti-parti berkenaan dilihat mula mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ .

Lebih tepat lagi, mereka mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ daripada mengishtiharkannya secara rasmi kepada rakyat amnya dan penyokong mereka khususnya.

Rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya cuba menyakinkan pengundi agar bersabar dan menanti “elemen kejutan” .

“Calon dah ada…tapi belum umum.

“Biasalah, ada pandangan tertentu dan ia tidak beri masalah besar…bila PR menang ke Putrajaya…orang popular akan menerima sokongan umum,” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR “Pakatan Harapan Rakyat” di Pusat Konvensyen Shah Alam pada pagi tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU-13.

“Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan untuk menawan Putrajaya.

“Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya…bukan soal siapa perdana menteri,” katanya.

“Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.

“Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai,” kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Sebenarnya isu siapa bakal PM itu kini semakin hangat membelenggu para pemimpin Pakatan Rakyat walaupun mereka berusaha keras hendak menyakinkan masyarakat kononnya isu berkenaan tidak pernah ‘menjadi hal’ kepada mereka.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ini bertentangan dengan DAP yang terang-terang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka.

Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini sekali lagi menegaskan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13.

Selanjutnya baca di SINI
0 comments

Fitnah Baru Pakatan Haram


Budak PR ni tak de kerja lain selain menipu. Dari Ketua Umum, Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama, suami cikgu Mala sampailah pencacai kelas bawahan, semuanya menipu. Eloklah kutip bayaran daripada pemimpin Pas. Tak berbaloi kalau tak berbayar. Pahala dah tentu tak ada bila menipu macam ini untuk berkuasa dan demi sokongan kepada peliwat bersiri, pengkhianat negara, penyokong Zionis, LGBT serta penganut fahaman pluralisme agama.

Harakah Daily Penyebar Fitnah Terbongkar ??
http://perigitimur.blogspot.com/2013/02/harakah-daily-penyebar-fitnah-terbongkar.html

Apa dah jadi! Sebelum ni berduyun-duyun blogger Berbayar PR kutip cerita kat Harakahdaily ni. Pasal kenyataan Raja Nazrin bertajuk "Antara PAS dan UMNO". Tiba-tiba tak sampai 24 jam artikel tersebut telah ditarik balik. Kenapa ek?


Atas alasan..

"Kandungan surat ini telah kami tarik balik setelah diberitahu ia tidak tepat dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku Raka Nazrin dalam titah baginda". Mudahnya! macam tu aje?

Secara moralnya, harakahdaily adalah akhbar mengutip apa sahaja tanpa mengetahui sumber sebenar. Boleh dikatakan akhbar tong sampah. Siapa yang membuang akansegera diambil oleh editor harakahdaily. Asalkan ada berita yang menyebelahi PAS dan Pakatan Rakyat. Seterusnya baca SINI
0 comments

#HKR112- Politweet Estimated Only 60 000 Participation.


Think tank halves KL112 crowd estimate
Malaysiakini

[Nota - PR dah boleh hantar profesor matematik yang anggar peserta KL112 ada 700,000 ke Tampoi. Mungkin elok bagi ubat untuk halusinasi yang dia ada.]

Twitter trends research firm Politweet has halved its estimate of last Saturday's the crowd size during the People's Uprising Rally (KL112) .

A day after the rally, Politweet had estimated that the crowd size was from 136,037 to 151,185, based on the total area occupied by the crowd.

In a posting on its Facebook page yesterday, Politweet had revised the numbers to between 63,976 and 78,193 people.

kl112 rally people's uprising teoh beng hock crowd storyThis was because the group had reduced the total occupied area from 424,149.14 square feet to 275,532.03 square feet after further analysis of the photos and videos of the event.

The crowd density estimate was also increased from 3.5 to 4 square feet per person to 4 to 12 square feet per person.

Based on this formula, Politweet estimated that there were 19,775 people outside the Stadium Merdeka at the peak of the rally. The margin of error for the estimate is 10 percent.

Politweet's initial analysis on Sunday did contain a disclaimer that it would be refining its figures this week.

"This number is not expected to be revised, unless some new evidence surfaces to suggest a different crowd size," read Politweet's latest posting.

Continue reading at TunFaisal.blogspot.com
0 comments

Pergolakan Dalam Pakatan Rakyat


Satu isu besar yang memalukan parti pembangkang tetapi mungkin sudah sejuk dan tidak lagi menjadi perbualan rakyat. Inilah yang mungkin diharapkan oleh DAP.

Tetapi isu ini sebenarnya sangat besar yang bukan sahaja memalukan parti yang dianggap rasis dan chauvinis tetapi telah menjatuhkan kredibiliti dan imej DAP.
Dua kepimpinan tinggi DAP cawangan Ladang Regent dekat Tampin hari ini membuat laporan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROC) Negeri Sembilan berhubung manipulasi dan memutarbelitkan fakta keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi DAP ke-16 lalu. 
Laporan itu dibuat oleh Pengerusi DAP cawangan itu, Subramaniam Munusamy dan Setiausahanya, Chelvam Kathan serta diserahkan kepada Ketua Unit Pematuhan ROC Putrajaya, Asisten Supritendan, Arsad Kamarudin pada pukul 10.24 pagi ini Bangunan Yayasan Negeri Sembilan di sini. - UM.
Selanjutnya di blog [Dr MiM] 
0 comments

Kanak-kanak Di #KL112 - @MadSabu Mencipta Alasan....


Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang berlangsung di ibu negara Sabtu lalu menegaskan mereka telah pun memaklumkan kepada peserta supaya tidak membawa kanak-kanak namun malangnya ada yang degil dan tidak menurut arahan.

Pengarah Sekretariat KL112, Mohamad Sabu yang juga dikenali sebagai 'Mat Sabu' berkata, pihaknya sudah memaklumkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh para peserta namun mengakui gagal memastikan pelaksanaannya dengan sempurna terutama apabila membabitkan keselamatan kanak-kanak.

"Awal-awal lagi kita sudah maklumkan kepada semua yang akan hadir supaya mematuhi syarat-syarat yang diberikan. Tapi biasalah...nama pun manusia, dalam beribu-ribu yang hadir tu ada yang degil.

"Apa kita boleh buat kalau mereka degil nak bawa juga (kanak-kanak)," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad bahawa pihak polis mendapati penganjur perhimpunan melanggar tiga syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 iaitu membawa kanak-kanak, membawa pelekat berbentuk hasutan dan melanggar permit peserta seramai 30,000 yang dipersetujui sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, pihak polis akan meneliti kesemua rakaman video dan gambar semasa perhimpunan anjuran pembangkang itu bagi mengesan mereka yang melanggar syarat-syarat tersebut.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Mat Sabu yang juga timbalan presiden PAS berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis berhubung pelanggaran tiga syarat berkenaan sekiranya diperlukan.

"Kita tak ada masalah untuk beri kerjasama sepenuhnya. Kalau mereka panggil pasti kita akan hadir," katanya lagi.


0 comments

Peserta #KL112 Kemalangan... Mari Kita Sumbangkan Bantuan!

SEORANG peserta Himpunan Pakatan Pembangkang (KL112), Daud Abdul Manan mengalami kemalangan apabila motosikal dinaiki terbabas di Jambatan Temerloh, berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, kira-kira jam 8 malam semalam.

Beliau yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu bersama seorang lagi rakannya dikatakan dalam perjalanan selepas menghadiri himpunan di Stadium Merdeka.

Walau pun MiM tidak menyokong perhimpunan pakatan pembangkang itu tetapi sebagai saudara seagama, MiM turut simpati kepada Daud dan keluarga beliau.

Sama-samalah kita berdoa agar Daud cepat sembuh dan dapat bersama-sama keluarga beliau kembali.

Menurut Keadilan Daily, mereka yang sudi menghulur sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Mek Wook @ Rohaya Binti Awang 1110029849518290.

[SUMBER BLOG DR. MIM]
0 comments

Pakatan Bersepakat - #KalimahALLAH Boleh Digunakan Oleh Bukan Islam

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat bersetuju bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ wajar diberikan untuk semua agama, dengan syarat ianya “tidak disalahgunakan.”

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kalimah ‘Allah’ adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa Al-Quran, dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

"Kalimah Allah tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.

"Oleh itu, penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah Al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

"Walaubagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran," kata Abdul Hadi pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.



Keputusan tersebut dicapai setelah pemimpin PR mengadakan mesyuarat yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Hadi, dan juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang, pagi tadi. Walaubagaimanapun, keputusan PKR bercanggah dengan arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pada hari Ahad lepas, Sultan Sharafuddin telah mengulangi arahan baginda dua tahun lepas bahawa orang bukan Islam di negeri itu tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah.’

Dalam kenyataan pagi ini, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Misri Idris berkata baginda membuat kenyataan tersebut dalam satu mesyuarat dengan MAIS.

Jelas Misri, baginda mahu MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam dan bukan Islam yang memperlekehkan fatwa yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam dalam bulan Februari 2010.

Sementara itu, Anwar, dalam respon balasnya ketika ditanya mengenai arahan baginda itu, mempertikaikan larangan tersebut yang dianggapnya sebagai “tidak adil dan berat sebelah.”

"MAIS bergerak bebas dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor...bahkan kita lihat kenyataan MAIS itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

"Sebab itu larangan dan kritikan itu terhadap Pakatan sahaja...tidak pernah untuk Umno," kata Anwar.

Isu penggunaan kalimah Allah tercetus apabila pada 31 Disember 2009, gereja Roman Katolik telah dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah.

Polemik isu penggunaan kalimah Allah ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dan ketegangan agama apabila lapan buah gereja disekitar Lembah Klang telah dibakar pada Januari 8, 2010.

Seterusnya, Abdul Hadi, dalam mesyuarat khas PAS, telah bersetuju membenarkan kalimah ‘Allah’ digunakan oleh penganut Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu yang telah disepakati bersama PR dulu telah kembali semula menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam mesej sempena sambutan Hari Krismas baru-baru ini membangkitkan semula isu kalimah Allah dengan mendesak kerajaan pusat membenarkan perkataan ‘Allah digunakan’ dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia.

Kenyataan Guan Eng mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya daripada kepimpinan Umno dan ulama bebas, malah rakan DAP, iaitu Pas turut tidak bersetuju dengan desakan ini.

"Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal Bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah ‘God’ tidak bermaksud ‘Allah’, kerana terjemahan tepat ialah ‘Tuhan.’

"Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

- mD
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger