Penganut pembangkang nampaknya begitu ghairah mendakwa kononnya 'Aku Janji BN' untuk PRU13 yang ingin menurunkan harga kereta dikatakan diciplak dari pembangkang. Benar manifusto PR menjanjikan penurunan harga kereta, begitu juga BN.
Dakwaan ciplak ini timbul hanya kerana satu perkataan saja iaitu 'TURUN'.
Justeru itu, untuk membuktikan strategi BN tidak sama dengan PR kita kena ikuti congak kira dari si jambu terlebih dahulu.
Segala maklumat yang diperolehi oleh jambu Rafizi Ramli adalah sama iaitu dari MOF.
Strategi Rafizi Ramli sebagaimana diperolehi dari blognya - SINI
- Menghapuskan /memotong cukai (duti eksais) secara berperingkat 20% setiap tahun.
- Menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan A.
- Memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan.
Strategi BN pula :
- Menurunkan Duti Eksais sebanyak 20 - 30 % secara berperingkat.
- Mengekalkan penjualan AP (bukan lelongan seperti apa yg Rafizi lakukan)
Apa yang jelas kedua-dua strategi ini wujud perbezaan yang ketara, tetapi ramai yang jenis malas membaca dan hanya fokus kepada perkataan 'TURUN HARGA KERETA' - manifesto BN dikatakan meniru PR.
Sekarang kita lihat kesan atau impak terhadap kedua-dua strategi ini, yang mana lebih bagus dan yang mana pula memberi kesan buruk kepada ekonomi negara?
Strategi BN vs. PR - Mana Satu Bagus?
1) Menurut tafsiran kewangan tahun 2012, pendapatan negara menerusi duti eksais adalah sebanyak RM 7 billion. Dan ianya meningkat setiap tahun sebanyak 4 %.
2) Menurut Rafizi, duti inilah yang hendak mereka hapuskan secara berperingkat selama 5 tahun. Apabila ini berlaku, negara akan mengalami defisit seperti berikut : (unit Billion)
2.1) Rafizi sedar akan berlakunya defisit yang banyak. Maka beliau mengambil langkah berani dengan melelong AP, bukan menjual AP. Harga penjualan AP per unit adalah RM 10 000 sekarang ini. Tetapi, Rafizi akan melelongkan AP dengan harga mula RM 10 000. Ini bermakna, harga AP yang terjual bukan RM10k tapi lebih dari itu. Tak mengapa, sebab mereka yang membeli AP ini adalah kenderaan import. Dan hanya mereka yg berduit sahaja akan membida AP dgn harga yg mahal.
- 2013: 7.0
- 2014: 7.3
- 2015: 7.6
- 2016: 7.9
- 2017: 8.2
- 2018: 8.5
- 2019: 8.9
- 2020: 9.2
2.2). Menurut beliau juga, pendapat dari lelongan AP inilah yg digunakan secara maksimum utk 3 tahun pertama (2013-2015).
**Boleh rujuk blog beliau.
Selanjutnya di blog Double-Y
Post a Comment