Cerita yang biasa kita dengar setiap kali Pilihan Raya Kecil atau Pilihan Raya Umum, penyokong bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan.
Selalunya kes-kes sebegini sering kali berlaku di Pantai Timur, jadi tidak hairanlah jika saudara melihat pasukan keselamatan kadang kala berada di kawasan berhampiran setiap kali petugas memasang poster atau bendera parti masing-masing atas tujuan keselamatan.
Dihubungi oleh rakan blogger RAKTRA mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kemaman, menurutnya fakta yang disiarkan oleh Suara Keldaian Daily adalah tidak tepat serta dimanipulasi dan telah menipu pembacanya.
ARTIKEL PENUH |
Sebelum kita teliti laporan kisah sebenar dari blogger Terengganu, kita perlu ingat balik insiden gambar kononnya ditetak dan kepala berdarah-darah sebagaimana gambar kaki di atas. Insiden sebegini pernah berlaku di PRK Bagan Pinang.
Lupa?
Lihat gambar di bawah :
Ingat tak?
Tak ingat lagi?
Tak cukup kasihan?
Lihat gambar satu lagi...
Tadaa...!
Hahaha.. ini adalah antara drama pembangkang semasa PRK Bagan Pinang, mamat penyokong PAS ini mendakwa ditetak dengan parang oleh orang UMNO di kepala dan belakang.
Tapi disebabkan ilmu kebal maka darah yang keluar pun umpama sirap dan lebih mengagumkan bahagian belakangnya tidak cedera selain bajunya yang terkoyak.
Hahaha....
Pendek kata toreh baju guna gillete, beli sirap siram atas kepala, ambil gambar selepas itu dihantar ke bahagian berita pembangkang untuk meraih rasa simpati pengundi.
Insiden yang berlaku di Kemaman hampir sama, tetapi laporan SK telah ditokok tambah dengan menuding jari ke arah UMNO. Peristiwa sebenar boleh dibaca di blog RAKTRA, saya ketengahkan fakta kes ini kerana penulis blog tersebut berasal dari Felda Neram 1 iaitu tempat kejadian berlaku.
Menurutnya kejadian yang digembar-gemburkan oleh SK sebenarnya adalah pergaduhan yang melibatkan anak-beranak dan tiada kaitan dengan UMNO, sebaliknya tindakan SK adalah tidak lebih daripada menggambarkan kononnya UMNO itu mengamalkan politik samseng. [SUMBER]
Post a Comment