Kanak-kanak Di #KL112 - @MadSabu Mencipta Alasan....


Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang berlangsung di ibu negara Sabtu lalu menegaskan mereka telah pun memaklumkan kepada peserta supaya tidak membawa kanak-kanak namun malangnya ada yang degil dan tidak menurut arahan.

Pengarah Sekretariat KL112, Mohamad Sabu yang juga dikenali sebagai 'Mat Sabu' berkata, pihaknya sudah memaklumkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh para peserta namun mengakui gagal memastikan pelaksanaannya dengan sempurna terutama apabila membabitkan keselamatan kanak-kanak.

"Awal-awal lagi kita sudah maklumkan kepada semua yang akan hadir supaya mematuhi syarat-syarat yang diberikan. Tapi biasalah...nama pun manusia, dalam beribu-ribu yang hadir tu ada yang degil.

"Apa kita boleh buat kalau mereka degil nak bawa juga (kanak-kanak)," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad bahawa pihak polis mendapati penganjur perhimpunan melanggar tiga syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 iaitu membawa kanak-kanak, membawa pelekat berbentuk hasutan dan melanggar permit peserta seramai 30,000 yang dipersetujui sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, pihak polis akan meneliti kesemua rakaman video dan gambar semasa perhimpunan anjuran pembangkang itu bagi mengesan mereka yang melanggar syarat-syarat tersebut.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Mat Sabu yang juga timbalan presiden PAS berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis berhubung pelanggaran tiga syarat berkenaan sekiranya diperlukan.

"Kita tak ada masalah untuk beri kerjasama sepenuhnya. Kalau mereka panggil pasti kita akan hadir," katanya lagi.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger