Peserta #KL112 Kemalangan... Mari Kita Sumbangkan Bantuan!

SEORANG peserta Himpunan Pakatan Pembangkang (KL112), Daud Abdul Manan mengalami kemalangan apabila motosikal dinaiki terbabas di Jambatan Temerloh, berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, kira-kira jam 8 malam semalam.

Beliau yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu bersama seorang lagi rakannya dikatakan dalam perjalanan selepas menghadiri himpunan di Stadium Merdeka.

Walau pun MiM tidak menyokong perhimpunan pakatan pembangkang itu tetapi sebagai saudara seagama, MiM turut simpati kepada Daud dan keluarga beliau.

Sama-samalah kita berdoa agar Daud cepat sembuh dan dapat bersama-sama keluarga beliau kembali.

Menurut Keadilan Daily, mereka yang sudi menghulur sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Mek Wook @ Rohaya Binti Awang 1110029849518290.

[SUMBER BLOG DR. MIM]
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger