Seleweng Tabung Memali: PAS Tiada Akaun Lengkap

PAS didakwa tidak mempunyai sistem akaun yang lengkap untuk memantau wang keluar masuk melibatkan derma Tabung Memali.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad (gambar) ketika mendedahkan perkara itu berkata, tanpa akaun yang lengkap, adalah sukar untuk mengetahui jumlah wang yang diterima, sumber derma diperoleh dan ke mana wang dibelanjakan sekali gus dibimbangi boleh menjurus kepada penyelewengan.

"Dulu tiada akaun yang lengkap dalam kutipan Tabung Memali, jadi kita sukar mahu kesan berapa banyak yang diterima atau berapa banyak sudah dibelanjakan.

"Tetapi saya tak tahu pula jika selepas itu mereka ada buat akaun yang lengkap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini berhubung desakan bekas ahli Pas, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani terhadap pucuk pimpinan parti itu agar menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit. UM
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger