Menjelang hari penamaan calon pada Sabtu, Pas Negeri Sembilan hari ini bertindak menggugurkan seorang calonnya iaitu di kerusi Parlimen Tampin dan menggantikan dengan calon lain.
Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani berkata, Yang Dipertua Pas Tampin, Zakaria Khalim yang dicalonkan sebelum ini dan dijangka berdepan dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor di kerusi itu digantikan dengan Razakek Abdul Rahim.
"Kedua-dua nama tersebut (Zakaria dan Razakek) berada dalam senarai pendek untuk kerusi Parlimen Tampin tapi menjelang saat-saat akhir ini kita berbincang semula mengenai calon yang lebih sesuai.
"Kita mendapati Zakaria tidak bersedia menjadi calon pada pilihan raya ini jadi kita tukar kepada calon nombor dua dalam senarai kerusi itu iaitu Razakek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -Bernama
Itulah operasi bersepadu yang bakal dilakukan oleh PAS semasa dan ketika hari pengundian sebagaimana surat yang didedahkan di atas adalah satu perkara yang serius dan ianya wajib disiasat oleh pihak berkuasa.
Kerana berdasarkan maklumat dalaman PAS, sehari selepas pembubaran parlimen - Unit Amal PAS bermesyuarat di SUK Selangor untuk mewujudkan gerak kerja menimbulkan kekecohan sepanjang kempen. Modus operandi mereka ialah dengan memasuki rumah yang belum dimasuki oleh BN bertujuan menakutkan pengundi.
Percubaan PAS mahu mencetuskan kekecohan sekaligus mewujudkan perasaan takut di kalangan pengundi semasa PRU13 kelak adalah bukti jelas bahawa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan proses pemilihan kerajaan oleh rakyat dilihat berjalan dalam suasana yang tidak demokrasi.
Memang betullah macam yang duk habaq selama ni. Pakatan Rakyat kalau janji, kalau buat kerja, kalau berlakon macam bertanggungjawab, depalah yang paling hebat.
Ni ada satu cerita menarik yang tidak mungkin akan disiarkan oleh media-media pro-Pakatan Rakyat, khususnya PAS.
Pada 2 April lepas, satu upacara penyerahan cek kepada PIBG sekolah-sekolah aliran Tamil telah diadakan di Seri Mentalon, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah. Yang memberikan cek adalah Menteri Besar bersama-sama Exco Tamilnya, Manikumar.
Setiap sekolah mendapat peruntukan berdasarkan kategori-kategori yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.
Punyalah nak berlakon tetapi akhirnya terkantoi.
Bayangkanlah cek yang diberikan kepada PIBG SRJK (T) Ladang Harvard bernilai RM2000 bertarikh 12 Disember 2012. Apabila Pengerusi PIBG sekolah berkenaan ke Bank Islam untuk menunaikan cek berkenaan, ternyata cek tersebut sudah luput tarikh dan cek tersebut hanya sah untuk 3 bulan sahaja.
Pihak PIBG telah menghubungi Manikumar dan memaklumkan perkara tersebut. Bagaimanapun yang menjawab dan mengendalikan kes tersebut adalah seorang kerani. Setelah puas bertekak, akhirnya kerani tersebut memberitahu, itu adalah kesilapan teknikal. Pun begitu, dia tidak boleh memberikan sebarang kata putus, sebaliknya perlu mendapatkan arahan daripada Manikumar terlebih dahulu.
Manikumar tidak bercakap dengan pihak PIBG tetapi tidak lama kemudian kerani berkenaan menghubungi pengerusi PIBG itu dan memberitahu bahawa itu adalah kesilapan teknikal. Janji yang diberikan ialah, cek tersebut akan ditukar dan tarikh yang tertera pada cek asal, juga akan ditukar.
Punyalah kalut nak mendapatkan undi daripada masyarakat India, sampaikan tarikh pada cek pun tak sempat nak diperhatikan!!!
Tudia!! Macam mana laa seorang ulama boleh berfikiran macam ni. UMNO gunakan BOMOH untuk menghadapi PRU-13? Kredibiliti sebagai seorang ulama di mata orang ramai mungkin akan jatuh apabila dia ni buat kenyataan bodoh ni.
Bagi aku, ulama tidak perlu laa buat kenyataan macam ni.
Saya yakin UMNO dan Barisan Nasional akan mendapatkan nasihat daripada bomoh mereka dahulu. Kerana UMNO ni percaya kepada BOMOH.- Haji Hadi 2 April 2013
Kerajaan Pas Kelantan sering mendakwa mereka adalah kerajaan contoh yang patut diikuti negeri-negeri lain dibawah pemerintahan Barisan Nasional.
Mereka sering mendakwa kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.
Justeru tidak hairanlah setiap kali pemimpin-pemimpin Pas berceramah, model pentadbiran Tok Guru mereka itu akan diangkat, dijulang-julang seolah-olah tidak ada jentera pentadbiran sebaik dan sehebat kerajaan Pas di Kelantan.
Kerajaan negeri lain khususnya yang dikuasai Barisan Nasional (BN) diperlekehkan, kononnya bergelumang dengan salah laku dan maksiat di sana sini.
Namun Pas tidak sedar, setiap kali satu jari mereka menunding pada orang, empat lagi menunding kepada diri mereka sendiri.
Sebab itu apabila aktiviti mengenai ‘kehidupan malam’ negeri itu berjaya didedahkan oleh akhbar NST, mereka mula merasa ‘panas’ dan cuba untuk ‘spin’ pembongkaran tersebut.
Malah Nik Aziz sendiri mendakwa apa yang dibongkarkan itu ‘sangat kabur dan meragui’.
” Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat.
” Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui.
” Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak,” kata Nik Aziz.
Kecewa Pas Jadi "Pak Turut DAP", 30 Ahli Pas sertai UMNO
BACHOK 30 Mac - Seramai 30 anggota Pas di Kampung Kubang Telaga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO di sini malam tadi.
Kumpulan yang diketuai Mohd. Yaacob Mohamad, 42, itu menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin disaksikan Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN berkenaan, Datuk Dr Ilias Hussin.
"Saya nekad menyertai UMNO kerana mahukan perubahan apabila Pas gagal membantu rakyat sebagaimana dijanjikan," kata Mohd. Yaacob kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.
Beliau berkata, walaupun diberi peluang 23 tahun memerintah Kelantan, Pas terbukti gagal menunaikan janji untuk membantu rakyat terutama golongan miskin.
"Kami juga kecewa apabila Pas yang bergabung dalam pakatan pembangkang sanggup menjadi "pak turut" DAP seperti yang dilihat dalam isu penggunaan kalimah Allah," tegasnya.
Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan ketika berucap pada majlis itu berkata, ini kali kedua penduduk kampung itu menyertai UMNO selepas kumpulan pertama lebih 30 orang berbuat demikian bulan lepas.
Beliau menjangka ramai lagi anggota Pas menyertai UMNO terutama di DUN Tawang dalam tempoh terdekat. [SUMBER]
Sebelum ini media pro-pembangkang kecoh dengan berita lori treler milik PAS telah ditahan oleh pihak berkuasa. Mereka mendakwa dalangnya ialah parti UMNO. Ada juga yang merekacipta parti UMNO 'takut dengan kebangkitan PAS' menggunakan treler tersebut.
Pelbagai lagi omongan dan andaian yang mereka tulis dengan harapan meraih simpati pembaca dengan mendakwa UMNO dan kerajaan BN zalim dan lain-lain.
Rupa-rupanya, segalanya itu hanya satu lagi pembohongan media pro-pembangkang termasuk media alternatif mereka.
Yang tidak diterangkan ialah kenderaan-kenderaan tersebut telah menyalahi akta dan peraturan kenderaan Malaysia. Pengubahsuaian kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk berkempen oleh PKR dan PAS telah menyalahi Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tetapi kita tentu tidak terkejut dengan pembohongan media pro-pembangkang dalam isu ini dan isu-isu lain sebelum ini.
Jika kepimpinan pakatan pembangkang kuat berbohong dan menabur fitnah, apatah lagi mereka di dalam media termasuk media sosial pro-pembangkang.
VIDEO di bawah adalah sambungan dari video part one Memali semalam, video semalam ada kat SINI. Kisah Memali sebenarnya kisah orang kampung yang terlalu terpengaruh dengan amanat Haji Hadi dan perjuangan Islam songsang Ibrahim Libya.
Disyaki penduduk kampung Memali telah terpengaruh dengan ajaran syiah. Syiah adalah satu ajaran Islam yang sememangnya 'songsang' dan tidak diiktiraf diseluruh dunia (hanya beberapa negara yang iktiraf syiah). Kerana dalam ajaran syiah, ianya 'membenci' semua sahabat Rasulullah SAW, malah tidak mempercayai sunnah.
Syiah juga menghalalkan darah sesama umat Islam yang tidak menganuti ajaran syiah. Malah Ayatollah Syiah pernah berkata, Malaikat Jibrail tersalah turun wahyu kepada Nabi Muhammad, kerana Jibrail mengantuk. Sepatutnya wahyu tersebut kepada sahabat baginda Ali (syiah sangat menyanjungi Ali).
Itu hanya sedikit cerita pasal Syiah yang Mc boleh beritahu. Banyak lagi cerita tak masuk akal pasal Syiah ni. Kalau nak tau lebih lagi, pi tanya Mat Sabu, dia bapak segala syiah kat Malaysia. he he.. tak pun google je, macam-macam keluar.
Sebab tu Mc kata kejadian Memali ni ada kaitan dengan syiah dan amanat Hadi Awang yang sememangnya songsang.
Kita tengok dulu video dibawah,
Kalau mengikut peristiwa Memali ni, polis ke kampung berkenaan, untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya yang dipercayai telah 'terpesong dalam ajaran Islam'. Tapi mereka dihalang, malah dihalau dengan keras.
Bila kerja polis dihalang, malah penduduk kampung bertindak keras, hingga menyebabkan pertembungan. Bagi Mc polis hanya menjaga kerja keamanan. Jika benar Ibrahim Libya seorang pemimpin yang baik, dia takkan biarkan anak kecil dan wanita menjadi perisai barisan hadapan.
Kalau mengikut cerita puak Pas, polis memulakan serangan tanpa amaran. Tapi kalau anda lihat video diatas, polis telah pun memberikan amaran sebelum merempuh masuk. Polis terpaksa bertindak keras kerana terdapat pegawai polis yang tercedera dan meninggal dunia.
Kalau peristiwa di Lahad Datu, negara kita diceroboh, peristiwa Memali pula ianya didalangi kumpulan ajaran Islam yang telah terpesong. Malah kedua-dua peristiwa ini ada kaitan dengan pemimpin pembangkang yang menjadi dalangnya.
Puak Pas kata, mereka pejuang Memali menentang polis itu syahid, sama seperti penceroboh Sulu yang menentang anggota polis kita. Apakah benar mereka syahid? Puak Sulu tu pun mengaku Jihad dan Syahid. Mengamalkan ajaran sesat dan menceroboh negara orang adalah syahid?
Macam mana dengan anggota polis kita yang terkorban mempertahankan negara? Bukankah kalau kita berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara, itu jihad yang sebenar. Malah jika kita mati semasa berjuang, itu baru benar-benar syahid. Apa pun ini hanya pendapat Mc. Dosa dan pahala kerja tuhan, kita tak mampu buat keputusan.
Kita manusia cuma mampu berfikir dan melakukan tindakan yang terbaik. Fikirlah elok-elok, selama ini, siapa yang selalu menganggu gugat keamanan negara dan gembira apabila negara kacau-bilau. Apakah orang macam tu yang kita nak angkat jadi Kerajaan?
Memilih pemimpin bukan perkara mudah, kerana jikalau kita salah dan pejudikan nasib. Negara kita bakal ditimpa bencana. Mahukah pembaca melihat negara yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita kacau bilau?
Buatlah keputusan yang tepat, pilih jalan keamanan.
PERISTIWA berdarah di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah pada 19 November 1985 meragut 18 nyawa termasuk, 4 orang anggota PDRM.
Pelbagai versi berlegar di ruangan siber terutamanya versi PAS yang mengganggap Ustaz Ibrahim Libya & pengikut2 mereka adalah syuhada kerana menentang kekejaman kerajaan/BN.
Namun versi sebenar di sebalik insiden Memali boleh dirujuk DI SINI (KLIK) -Kertas Putih Memali yang dibentangkan & disahkan di Parlimen/Dewan Rakyat dengan kehadiran wakil2 PAS dan juga pembangkang.
Saksikan video di bawah.... pendedahan eksklusif yang akan membongkar satu-persatu kebenaran di sebalik insiden Memali. Apa signifikan sejarah lampau ini diulangsiar, kerana kejadian ini berkaitan dengan pengorbanan anggota keselamatan teragut nyawa mereka dalam usaha memastikan keselamatan & keamanan negara seperti yang terjadi di Lahad Datu, cuma situasinya agak berbeza.
Nantikan pendedahan video2 seterusnya yang menyaksikan saat azab seorang anggota keselamatan (polis) sebelum menghembus nafas terakhir kerana mempertahankan diri dari serangan pengikut Ibrahim Libya.
Dalam video di atas kita dapat lihat jelas Amanat Haji Hadi adalah punca kejadian ini berlaku. Doktrin melampau tentang perjuangan Islam membawa kepada pertumpahan darah. Ajaran Syiah yang juga menjadi pegangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS juga menjadi antara punca pengikut Ibrahim Libya seperti dirasuk untuk menyertai perjuangan yang tidak pasti kebenarannya.
Kita boleh saksikan betapa pihak berkuasa bertindak rasional untuk cuba menyuraikan penduduk kampung. Kehadiran anggota keselamatan cuma untuk mententeramkan keadaan, tapi tindakan aggresif pengikut2 Ibrahim Libya yang memaksa mereka untuk bertindak tegas. Lihat juga betapa baculnya mereka dengan menjadikan wanita & kanak-kanak sebagai benteng hadapan, menyongsang dari prinsip perjuangan dalam Islam yang sepatutnya lelaki berada di hadapan.
Ikuti juga petikan temubual dengan bapa kepada Ibrahim Libya, bapanya tidak mengaku Ibrahim sebagai anak jika terus berkeras mahu meneruskan 'perjuangan' mereka menentang pihak berkuasa. Bapa Ibrahim Libya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana kebinasaan tersebut berpunca dari sikap mereka sendiri yang enggan menerima nasihat.
NANTIKAN PENDEDAHAN LANJUT DENGAN VIDEO2 EKSKLUSIF MENGENAI INSIDEN MEMALI. Sumber 1peluru.com
KUALA LUMPUR: Tekanan yang dihadapi ekoran bimbang kekalahan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terutama di Kelantan menjadi sebab Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup mengumpamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti binatang peliharaan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai seorang berpendidikan agama Islam yang tinggi, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu jelas sangat tidak Islamik dan melambangkan hati budinya yang rendah.
Nampaknya beliau tertekan dan kecewa kerana sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot termasuk di Kelantan sendiri.
Apa salahnya kerajaan memberikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan, sedangkan beliau sendiri pernah memberikan wang kepada pengundi Orang Asli di Lojing sebelum ini," katanya.
Ketika kempen pilihan raya kecil Galas pada November 2010, Nik Aziz dilaporkan telah memberikan sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing, Gua Musang bagi tujuan meraih undi.
Sementara itu Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah kerajaan memberikan BR1M kepada rakyat berpendapatan rendah ternyata menjadi ketakutan kepada pembangkang, termasuk Nik Aziz.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sehubungan dengan itu pelbagai gelaran negatif diberikan kepada BR1M dan terbaru mengumpamakannya seperti binatang yang berebut untuk mendapatkan makanan.
Sejak dahulu lagi Nik Aziz sudah terkenal dengan bahasa kesat yang langsung tidak menggambarkan status seorang ulama. Ramai yang sudah tidak menganggap dia sebagai ulama atau tok guru.
Beliau hanyalah seorang ahli politik yang khuatir kehilangan kerusi yang disandang sekarang serta negeri Kelantan pada PRU-13 nanti," katanya.
Ahmad berkata, rakyat kini termasuk di Kelantan semakin sedar dan akan bersama Barisan Nasional (BN) yang menjaga kebajikan mereka dan bukan bersama pemimpin yang memperlekeh dan menghina rakyat. - UM
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hukum hudud yang diperjuangkan Pas sebelum ini tidak mengikut tuntutan Islam yang sebenar kerana tidak menghukum pesalah secara adil, menyebabkannya ditolak oleh kebanyakan pihak.
Katanya, hukum hudud yang ditekankan di dalam al-Quran ialah menghukum pesalah secara adil antara orang Islam dan bukan Islam.
"Tetapi secara terbuka Pas buat kenyataan, orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena. Mereka takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.
"Jadi apabila dua orang, Islam dan bukan Islam berpakat melakukan jenayah, yang Islam kena potong tangan, yang bukan Islam hanya kena penjara dua bulan, itu sudah tidak adil,'' katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini hari ini.
Apabila menjatuhkan hukuman katanya, keputusan itu perlu dilakukan dengan adil.
''Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali ialah jangan kita zalim. Jadi apabila hukum disebabkan kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya.
Dr. Mahathir mengulas sikap pemimpin Pas yang tidak konsisten tentang pendirian mereka berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dengan pakatan pembangkang.
Beliau berkata, Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman serta tidak menuduh secara membuta-tuli.
Katanya, kerajaan berpegang teguh pada hukum hudud Islam dan melaksanakannya secara adil supaya sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan jenayah menerima hukuman yang setimpal dan adil.
"Jadi jangan kata kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum Islam di negara ini tetapi kita harus melaksanakannya dengan kehendak Islam dan laksanakan dengan adil," katanya. -UM
ROM - Pope Benedict XVI mengumumkan akan meletakkan jawatan beliau pada 28 Februari ini, satu perkembangan yang mengejutkan masyarakat Roman Katolik.
Pemimpin Kota Vatican itu yang berumur 85 memutuskan demikian atas alasan "sudah meningkat usia" dan sudah tidak ada kekuatan untuk menjalankan tanggungjawabnya.
Beliau dilantik ke jawatan itu pada tahun 2005.
Kali terakhir seorang pope meletakkan jawatan adalah Gregory XII iaitu pada tahun 1415.[SUMBER - MINDA HIJRAH]
Bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail meminta polis membuka semula kertas siasatan berhubung laporan yang dibuatnya pada tahun 2000 berkenaan dakwaan penyelewengan wang kutipan derma Tabung Mangsa Memali.
Zainon berkata siasatan yang dijalankan tatkala itu tidak dilakukan dengan telus selain dirinya pada waktu itu berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Laporan polis tentang penyelewengan Tabung Memali telah dibuat pada tahun 2000..dan apa yang saya harapkan adalah agar pihak polis supaya membuka semula fail ini.
“Dan saya minta pihak polis khususnya supaya bersikap lebih telus kerana selepas laporan itu, saya ditahan di bawah ISA..siasatan itu macam terberhenti sekejap,” katanya dalam sidang medianya malam tadi.
Zainon berkata sehingga kini beliau tidak menerima sebarang kenyataan rasmi atau tidak rasmi berhubung hasil siasatan tersebut.
Terkini, pada 6 Februari lalu, Zainon sekali lagi membuat laporan polis, kali ini membabitkan kewangan balu Memali yang dikatakan dipaksa membayar yuran guaman, walhal dalam masa yang sama kutipan dana dari orang ramai masih diteruskan.
Laporan yang dibuat sebagai menyahut cabaran dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar itu, turut menyebut kehilangan wang hasil penjualan mesin jahit, bengkel jahitan Memali yang dianggarkan bernilai RM60,000.
Pada tahun 2000, Zainon membuat laporan polis bersabit baki RM60,000 daripada Tabung Mangsa Memali yang hilang tanpa jejak setelah ianya ditutup oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada tahun yang sama.
Dana tersebut diperolehi daripada kutipan wang orang ramai yang diiklankan di dalam akhbar Harakah dan diuar-uarkan dalam setiap sesi ceramah PAS.
Zainon yang merupakan antara tiga individu yang bertanggungjawab menguruskan wang kutipan itu mendakwa dana tersebut tidak pernah diaudit.
Tetapi sebaik sahaja laporan polis dibuat, satu audit palsu katanya telah diusahakan oleh Setiausaha PAS Kawasan Baling merangkap Setiausaha Jawatankuasa Tadbir Madrasah Al-Islahiah Diniah, Senator Datuk Yusuf Hussin.
Zainon tanpa berselindung turut menamakan Yusof Hussin sebagai 'dalang' di sebalik penyelewengan itu dalam buku tulisannya, 'Air Mata Di Bumi Memali'.
Pelakon Catriona Ross menasihati sesiapa sahaja termasuk artis yang bertudung agar tidak menghina individu lain kerana Allah boleh menarik semula hidayah itu sekelip mata.
Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, agak sedih kerana terdapat individu yang mendakwa sudah memperoleh hidayah tetapi masih merendah-rendahkan orang lain dengan kata-kata yang kurang manis.
“Saya sedih dengan sesetengah pihak yang sudah berubah tetapi cuba memperlekehkan orang lain yang tidak bertudung. Jangan buat macam itu! Setiap manusia ada fasanya dan Allah itu boleh tarik bila-bila masa sahaja hidayah yang diberi,” katanya kepada mStar Online.
Pelakon ini diminta memberi pandangan mengenai artis-artis wanita sejak kebelakangan ini mengambil pendekatan menutup aurat.
Catt yang sudah bertudung sejak tiga tahun lalu berkata, setiap individu yang telah diberi petunjuk haruslah tidak berusaha untuk merenggangkan diri dengan rakan-rakan yang masih lagi belum berubah sebaliknya terus berkawan dengan mereka sebagai sahabat baik.
Malah orang atau artis yang bertudung seharusnya menjadi contoh kepada individu lain agar perubahan itu dapat diikuti oleh teman-teman mereka.
Rafizi cemburu bila kerajaan BN berjaya memberikan secara adil RM500 kepada rakyat yang memerlukan. Tiada modal lain yang disebutnya melainkan mengajak rakyat memperlekehkan pemberian tersebut.
Jangan lupa, Barisan Alternatif (PKR-PAS-DAP) juga pernah berjanji untuk memberi imbuhan air percuma dan wang RM100 sebulan kepada ibu tunggal. Mana pergi janji janji tersebut?
Janji lama tidak ditunaikan. Rafizi datang membawa janji baru iaitu untuk memberikan "RM5,000 sahaja" kepada mahasiswa. Hakikatnya, Rafizi hanya berani datang ke UNISEL setelah PTPTN yang mahu dihapuskan oleh PKR memberikan pinjaman kepada pelajar (baca sini). Mengapa tidak gunakan dana RM300 juta dari Geran SelangorKu?
JOm sembang pasal FELDA lagi. Aku tak sempat nak kenalkan korang dengan Mazlan Aliman si kaki fitnah dan penyangak ni. Meh aku preview sikit tentang Mazlan Si Penyangak ni.
NAMA : Mazlan Aliman
TEMPAT LAHIR: Batu Pahat
FELDA : Felda Bukit Ramun, Kulai.
PENDIDIKAN: Sek Men Alaudin, Kulai. dan juga UPM.
Calon yang tewas sebanyak 3 kali dalam pilihanraya umum mewakili PAS
Okelah. Tak payah banyak-banyak yang korang perlu tahu tentang dia ni. Haha. Dia ni mula dilantik menjadi AJK PAS Pusat pada tahun 2011 dan mula mengorak langkah memporak porandakan peneroka yang ada sekarang ni. Ramai yang tahu sebenarnya didalam FELDA mempunyai 54 Parlimen, dan jika kesemua FELDA ini adalah dibawah BN maka secara tidak langsung mereka akan kehilangan kuasa untuk mentadbir negara ni.
Ok laa cukup laa sekadar tu aku kenalkan korang dengan penyangak ni. Aku nak terangkan dekat korang apakah fungsi penyangak ni dalam menghadapi PRU-13 dan isu saham FGVH ni. Tugasnya mudah sahaja, tidak kira laa apa cerita yang ingin direka tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.
Isu saham FGVH sebenarnya adalah sesuatu yang menguntungkan kepada peneroka FELDA. Sebab apa aku cakap macam tuh?? Ni aku listkan point dia.
Peneroka tidak perlu mengeluarkan satu sen pon duit diorang.
Peneroka tidak akan kehilangan tanah mereka walaupon sekangkang kera.
Penyenaraian saham FGVH tidak ada kaitan dengan tanah FELDA.
Mazlan Aliman kena satu kali lagi. Satu demi satu FELDA tidak membenarkan kehadiran PENGKHIANAT ni masuk ke kawasan diorang. Peneroka sudah tidak mahu lagi mendengar caci maki, fitnah daripada mulut busuk si Mazlan ALiman Penyamun ni.
Petang sebelum majlis menghalang Mazlan Penyamun ni masuk kampung aku sempat laa temu ramah beberapa orang kampung. Tapi aku taknak upload semua, aku upload sorang je sebab yang ni merupakan orang veteran dekat kawasan Sungai Tengi. Dia dan kawan-kawanlah yang berusaha untuk memasukkan kembali FELDA SUNGAI TENGI ke dalam FELDA kembali setelah 13 tahun diorang berada dalam kesempitan tanpa bantuan mana-mana pihak ataupun MAZALAN PENYAMUN.
Macam-macam persoalan yang timbul semasa aku temuramah pakcik ni.
1.Mana perginya Mazlan Aliman sewaktu diorang dalam kesusahan? 2.Apa sumbangan Mazlan Aliman dalam tempoh dia bersama ANAK? 3.Apakah yang membuatkan beberapa kumpulan keci dalam FELDA mempercayai Mazlan Aliman hanya dengan janji yang ditaburkan.
Majlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri. Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.
Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS. Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.
PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama ‘Islam’ yang ada pada parti PAS. Tanpa Majlis Syura, Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.
Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang ‘mengabaikan’ Majlis Syura tetapi, Pengerusinya sendiri, iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata. Kerana itu, Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari PAS. Atau dalam kata lain, Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong PAS mencurigai tindakan pemecatan tersebut.
Hakikatnya, Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti. Menurut Nik Aziz, talak telah pun jatuh oleh itu, Nasha dan PAS tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.
Kita amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam.
Dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain. Memberi respon dalam isu ini, Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza. Oleh itu, pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza.
Tahniah diucapkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri Selangor yang telah membangunkan negeri tersebut dengan pesatnya. Pada pandangan aku slogan yang sesuai di berikan kepada negeri Selangor ialah "Selangor Maju Jaya Bersama Rumah Urut"....
Pena dari tanah melayu - Susah untuk aku percaya apa yang aku lihat dalam gambar itu adalah pelacur yang sarangnya terletak dikampung halamanku sendiri di Kuala Selangor. Video ini yang diambil olehMKL-Crimedesk-D7SGNews pada 24 Oktober 2012 telah membongkar jenayah atau aktiviti pelacuran yang berlaku di sana.
Sebenarnya itu hanyalah sebahagian daripada aktiviti tesembunyi yang berlaku di Kuala Selangor tetapi aktiviti sebenar yang berlaku didepan mata masih banyak dan tidak diambil peduli terutamanya oleh pemerintah kawasan itu sendiri yang diberi mandat oleh rakyat Kuala Selangor iaitu YB Dr Dzulkifli Ahmad sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Sekejap lagi Ketua Pengarah JPN akan membuat satu laporan polis dengan lima trivia untuk membuktikan surat Mahfuz Omar palsu.
Ok... saya memuji langkah dan respon pantas oleh JPN memandangkan Pengerusi Suruhanjaya di Raja (RCI) tidak kisah media seperti malaysiakini dan malaysian insider putar keterangan-keterangan saksi.
Maka memang wajarlah pasukan JPN masuk gelanggang sekali. Nampak meriah sikit 'perang media baru'... Ok sambung mengenai surat yang didedahkan Mahfuz Omar semalam...
Ada beberapa peristiwa pelik yang berlaku semalam, yang dapat dikesan oleh pembaca laman malaysiakini sendiri.
Pertama : malaysiakini menyiarkan kenyataan Mahfuz Omar mengenai satu surat kononnya daripada JPN pada jam 2.24 petang semalam.
Selepas meneliti nombor rujukan serta kepala surat tersebut pihak JPN dengan pantas memberi respon pada jam 4.48 pm :