#RCIsabah: Fakta Yang Disembunyikan Oleh PR



Isu 'Projek IC' mungkin asing bagi rakyat di semenanjung, namun kisah-kisah dan cerita tentang wujudnya aktiviti pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi UMNO/BN sepanjang pemerintahan Tun Mahathir Mohammed telah lama diperkatakan oleh rakyat Sabah.

Pelbagai kisah muncul, ada yang mengatakan seramai 40,000 warga asing diberikan kerakyatan, ada juga yang mengatakan jumlah tersebut mencecah berjuta warga asing di Sabah.
Disebabkan pelbagai andaian, persepsi dan cerita yang meniti di bibir rakyat Sabah ini sejak sekian lama. PM memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI
) yang diumumkan pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Usaha murni dan ikhlas DS Najib Tun Razak membuktikan kerajaan begitu komited untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Sabah dan ia semakin serius apabila ada pihak yang menerbitkan buku menceritakan wujudkan aktiviti pemberian kerakyatan melibatkan kepimpinan tertinggi kerajaan pada masa itu.

Tetapi apabila meneliti kebanyakkan buku yang ditulis oleh penulis bernama Mutalib,  ia berkisar cakap-cakap mulut beberapa bekas pegawai kerajaan tanpa disokong oleh bukti atau dokumen yang kukuh.

Pendengaran prosiding pertama RCI yang berakhir pada 18 Januari menyaksikan beberapa saksi dipanggil yang mana pelbagai pengakuan telah dicatitkan.

Walaupun baru sessi pertama prosiding, pembangkang terlebih dahulu dilihat menjadi hakim dalam prosiding tersebut dengan menjatuhkan pelbagai hukuman ke atas mantan PM Tun Mahathir Mohammed.

Terma-terma yang digunakan pula telah menimbulkan salah faham masyarakat serta menimbulkan persepsi buruk terhadap jabatan-jabatan kerajaan seperti JPN, SPR dan MKN.

Pusingan Pertama Prosiding - Lebih Banyak Persoalan Dari Jawapan

Sepanjang 5 hari pendengaran pertama prosiding RCI seramai 29 orang saksi telah dipanggil, pelbagai keterangan telah direkodkan, pun ia menimbulkan lebih banyak persoalan serta keraguan berbanding jawapan yang diinginkan oleh rakyat Malaysia terutama sekali anak Sabah.

Ia masih berkisar kepada cakap mulut tanpa bukti nyata, malah angka-angka yang dikemukakan oleh saksi menyaksikan banyak percanggahan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Selain keterangan yang meragukan dan dilihat bias untuk mempersalahkan kerajaan, peranan media yang melaporkan isu RCI juga dilihat berat sebelah kerana tidak mengemukakan fakta yang tepat dari segi keterangan setiap saksi.

Sebaliknya media pembangkang dilihat lebih tertarik dengan keterangan daripada lima tahanan ISA berbanding keterangan bekas pegawai kerajaan serta kakitangan JPN walaupun mereka memberikan keterangan berdasarkan rekod semasa.

Antara yang dihebohkan media pembangkang adalah keterangan daripada Nasir Sungip iaitu adik kepada Shaari Sungip dengan empat lagi bekas tahanan ISA iaitu Ramli Bin Kamaruddin, Zulkifli Abdul Jalil, Asri Bin Sidup @ Jumaat, Yaakob Bin Damsah.


Lima saksi ini adalah individu berpangkat tinggi JPN yang terlibat dengan 'Skim Cepat Kaya' dalam mengeluarkan IC Biru kepada rakyat asing sehingga ditahan dan di bawah ISA kerana menjejaskan keselamatan negara  sekitar tahun 1995.

Dari segi keterangan lima individu ini, ia dilihat konsisten di mana setiap daripada mereka mendakwa menerima arahan daripada SPR untuk memberi kad pengenalan bagi membolehkan warga asing ini mengundi.

Kewujudan 'Projek IC' kononnya membolehkan warga asing mengundi ini dikatakan dijalankan sekitar tahun 1992-1995 dengan nama 'Ops Durian Buruk' itu melibatkan Pengarah SPR pada waktu itu yang menyerahkan 16,000 nama untuk dikategorikan sebagai 'pengundi Islam'.

Menurut Nasir Sungip 'Projek IC' ini dijalankan sekitar tahun 1992-1995 melibatkan 16,000 rakyat asing dari Filipina dan Indonesia, jika ia berlaku sekitar tahun 1992-1995 ia bakal menimbulkan banyak persoalan. [BACA SETERUSNYA]
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger