Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.
Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah ‘mimpi’ Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.
Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat. Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik.
Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?
Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.
Selanjutnya di blog KedahKeKL
Post a Comment