PUTRAJAYA: Kerajaan tiada niat untuk mempengaruhi pemikiran pelajar menerusi aktiviti di kampus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata dakwaan bahawa kerajaan mempengaruhi pemikiran pelajar menerusi aktiviti seperti forum tidak benar kerana ia menggagalkan tujuan pendidikan tinggi.
"Tiada niat untuk mempengaruhi pemikiran pelajar, ia tidak akan membantu kami mencapai sasaran untuk menanam kemahiran berfikir secara kritikal di kalangan pelajar," kata Mohamed Khaled kepada pemberita di sini.
Beliau sekali lagi berkata pihak kementerian atau Universiti Utara Malaysia tidak terlibat dengan forum yang diadakan di UUM membabitkan pelajar Ijazah Sarjana Muda K.S. Bawani dan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.
Forum itu mencetuskan kontroversi apabila sebuah klip video tersebar di laman sosial YouTube menunjukkan Sharifah Zohra Jabeen memaki hamun Bawani mengenai pendidikan percuma.
CHE WAN AL LAKAZAM KEHABISAN MODAL SERANGAN
-
Selama ni kita dapat melihat serangan demi serangan yang dilakukan oleh Che
Wan Al Lakazam terhadap Dato Azlan dan syarikatnya kononnya menjual tanah
lot...
1 year ago
Post a Comment