Jangan terkejut apa saja sanggup dilakukan oleh Anwar & PR demi cita2 mereka menuju Putrajaya. Insiden Lahad Datu salah satu onarnya... bakal menjelang banyak lagi tindakan desperado mereka menjelang PRU13 nanti!
Baca pengakuan Asree Sug mengenai kaitan rapat Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari...
Artikel ini ditulis pada tahun 2012 lagi, sebelum pengganas2 Sulu menjejakkan kaki ke pantai Lahad Datu, jadi pecacai PR harus berfikir 8x sebelum mengeluarkan hujah tipikal mereka... UMNO BAYAR BLOGGER NI!!
Dua pemimpin Hamas dijadual akan bertemu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya di sini Khamis ini. Pemimpin berkenaan adalah Ahli Kabinet Hamas, Walid Amudi dan salah seorang pengasas Hamas, Dr Aziz Rantisi. “Khamis ini saya akan bertemu wakil Hamas. Mereka kata nak buat kunjungan hormat. Datang mengucapkan ‘hello’ sebab mereka tahu kita (KEADILAN) punya hubungan baik (dengan Hamas),” kata Wan Azizah ketika ditemui di pejabat beliau,semalam.
Isteri Ketua Umum KEADILAN itu turut menyatakan harapan dan sokongan terhadap perjuangan umat Islam di Gaza, Palestin. “Kita beri sokongan semampu yang boleh. Tak kira dalam apa jua yang memberi kebebasan kepada Gaza. Dengan harapan rakyat tak perlu ditindas lagi, dan Gaza sendiri tidak berpecah,” kata beliau.
Umat Islam di Palestin mengalami kezaliman Zionis Yahudi sejak lebih 70 tahun lalu dengan pelbagai cabaran. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas dan mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin di Gaza yang memilih secara demokratik Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan apakah jasa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada agama, bangsa dan negara sepanjang lebih 17 tahun Ketua Umum PKR itu menerajui Umno Barisan Nasional (BN).
Rahman berkata Anwar yang kini menjadi ketua pembangkang lantang mengkritik segala dasar yang dikemukakan kerajaan persekutuan, tetapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlupa bahawa banyak perkara yang tidak pernah beliau lakukan ketika memiliki kuasa pentadbiran sebelum ini.
"Amat senang untuk mengkritik apabila kita tidak mempunyai kuasa, nak buat itu, nak buat ini, kritik itu, kritik ini, tetapi dia pegang kuasa dulu, kita boleh tengok apa yang beliau buat untuk orang Melayu dan juga negara.
"Kita kena ingat 1997, 1998 (semasa Anwar di dalam BN), beliau hampir memufliskan negara kita ini, ini kita tidak boleh lupakan, ini dasar dia dan cara dia (Anwar) mengaturkan ekonomi negara pada waktu itu," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar bahawa Pakatan Rakyat berjaya memainkan peranan pembangkang yang baik sepanjang tempoh lima tahun ini.
Rahman juga berkata Anwar sepatutnya melihat keperibadiannya terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pemimpin Umno BN, yang padanya sarat dengan masalah kewibawaan.
"Orang sudah tahu sangat perangai Datuk Seri Anwar, saya ingat orang Melayu cukup faham Datuk Seri Anwar ini.
"Ingat ya, kita kena ingat sejarah Datuk Seri Anwar ini, beliau bukanlah seorang pemimpin yang naik seperti biasa, kita angkat dia dalam UMNO, kita angkat dia seperti helikopter, daripada ahli biasa terus jadi ketua pemuda, kemudian jadi menteri kewangan, kemudian Timbalan Perdana Menteri, bukan sahaja beliau berada di dalam UMNO selama 18 tahun tetapi memegang jawatan-jawatan penting," katanya kepada AntaraPos ketika dihubungi tadi.
Rahman berkata Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat seringkali mengkritik kerajaan persekutuan biarpun segala dasar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah untuk kepentingan rakyat marhaen.
"Jadi kalau dia hendak mendesak kerajaan menjadi kerajaan yang bertaraf dunia, demokrasi dan keterbukaan dan bermain secara padang yang sama rata.
"Apakah pembangkang di Malaysia ini kelas pertama di dalam dunia? Kita tengok cara mereka berpolitik, undilah saya kerana si kawan itu rasuah, si kawan itu salah guna kuasa. Dia (Anwar) sepatutnya bercakap, undilah saya kerana ini yang saya boleh buat untuk negara," katanya.
Selain itu, Rahman turut mendesak agar Anwar berhenti menggunakan politik kotor dengan menuduh Umno BN memperkayakan keluarga atau mengamalkan kronisme dalam sebarang isu yang membabitkan kepentingan awam.
"Yang saya kecewa sangat inilah, inilah tahap kemampuan Perdana Menteri Pakatan Rakyat (Anwar). Kalau begini caranya Pakatan Rakyat berfikir, saya yakin negara ini akan bankrap, dia marah...tetapi cuba kita tengok saya ingat kalau dia katakan pendidikan percuma, itu boleh dibuat tetapi kosnya apa ?
"Maka kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan dalam sektor-sektor lain, makna ditumpukan untuk pendidikan, maknanya kos lain akan dikurangkan, jalanraya akan dikurangkan, hospital akan dikurangkan, kakitangan kerajaan mungkin akan dikurangkan kenaikan dan macam-macam lagi sebab hendak menampung janji yang telah dijanjikan dahulu," katanya.
Dalam usaha meraih sokongan rakyat, Pakatan Rakyat dilihat ghairah menabur pelbagai janji antaranya menghapuskan beberapa tol, memberikan pendidikan percuma sehingga ke universiti, menurunkan harga minyak, rangkaian wifi percuma, menurunkan harga kereta dan banyak lagi.
Hakikatnya, Pakatan Rakyat yang berjaya menawan Selangor - sebuah negeri yang terkaya dalam negara - juga gagal melaksanakan segala janji manifesto yang dibuatnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008. ANTARAPOS
Reaksi gelabah Azmin Ali yang cuba 'menyingkirkan' nama Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC' juga menimbulkan tanya-tanya. Menurut Azmin Ali ada pihak yang akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam projek tersebut walaupun keterangan dari 29 orang saksi sepanjang pusing pertama RCI, tiada seorang pun mengaitkan Anwar Ibrahim.
Pihak manakah yang dimaksudkan oleh Azmin Ali akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'projek IC' tersebut?
Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu menyusuri kronologi 'Projek IC' walaupun sehingga ke hari ini tiada satu senarai nama dan nombor IC yang dituduh dipalsukan dikemukakan sebagai bukti.
Jangan Kita Lupa 'Gagasan Sabah Baru'
Kita tidak boleh menafikan bahawa sekitar pada tahun 1994 gabungan Tun M dan Anwar Ibrahim telah memberi janji 'Gagasan Sabah Baru' dan dicetuskan dalam manifesto BN semasa Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994.
Lim Kit Siang mengkritik Anwar Ibrahim dan BN pada 15 Februari 1994 kerana memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat negeri Sabah antara janji yang dipertikaikan oleh Kit Siang adalah 'BN akan membasmi kemiskinan di Sabah dalam masa 6 tahun.
Melalui manifesto 'Gagasan Sabah Baru' dan peranan Anwar Ibrahim, Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994 menyaksikan BN merampas kuasa dari PBS setelah 4 penggal berkuasa - apabila beberapa ADUN mereka bertindak melompat ke dalam BN dan ada yang menubuhkan parti sendiri.
Untuk rekod sebelum itu dalam tahun 1990 - PBS telah memenangi 25 kerusi, manakala BN 23 kerusi, selepas itu PBS meninggalkan BN dengan menyertai Gagasan Rakyat yang dianggotai oleh Semangat 46 dan DAP.
Selepas insiden lompat-melompat, PBS hanya tinggal 3 orang wakil rakyat iaitu Maxismus Ongkili, Joseph Pairin dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha.
Dalam keadaan ini Pairin tiada pilihan selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994 di mana ia menggemparkan rakyat Sabah.
Tahun 1990 hingga 1994 merupakan tahun yang dikatakan wujudnya 'Projek IC' untuk memenangkan BN di Sabah oleh beberapa saksi yang memberi keterangan dalam prosiding RCI.
Individu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan BN dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di Sabah tahun 1994 adalah Anwar Ibrahim.
Adakah Azmin Ali tahu bahawa Anwar Ibrahim antara individu yang berperanan dalam 'Projek IC' kerana umum mengetahui betapa kuatnya pengaruh Anwar Ibrahim waktu itu.
Maka tidak hairanlah awal-awal lagi Azmin Ali tampil menyatakan ada pihak akan mengaitkan Anwar Ibrahim?
Persoalan ini wajar ditimbulkan lebih-lebih lagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Anwar Ibrahim memberitahu kebenaran tentang pendatang tanpa izin kepada RCI :
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan dua daripada tiga pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April tahun lepas.
Permohonan Ketua Pembangkang itu ditolak selepas Hakim Kamardin Hashim memutuskan bahawa Seksyen 4(1)(c) dan 4(2)(c) akta berkenaan tidak melanggar mahupun bercanggah dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, katanya, seksyen-seksyen tersebut bukan batal dan tidak sah seperti yang dihujah oleh pemohon (Anwar).
"Mahkamah ini mengambil pengiktirafan kehakiman bahawa dengan mempunyai atau membenarkan protes jalanan, ia akan melanggar hak-hak dan kebebasan orang lain di bawah Seksyen 3 akta itu, yang termasuk hak kepada kebebasan bergerak dan hak untuk menjalankan urusan perniagaan," katanya.
Kamardin berkata mahkamah melihat larangan yang dikenakan oleh Parlimen adalah munasabah memandangkan ia adalah untuk melindungi kepentingan keselamatan negara dan mengekalkan ketenteraman awam.
Beliau menegaskan Parlimen dalam menggubal peruntukan yang dipersoalkan iaitu mengharamkan protes jalanan adalah dalam lingkungan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Fasal 2(b) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Kamardin berkata larangan protes jalanan sebagai satu bentuk perhimpunan aman tanpa senjata adalah wajar dalam sesebuah masyarakat demokratik bagi perlindungan moral, hak-hak dan kebebasan orang lain.
"Malah pengalaman sivik telah menunjukkan bahawa hak-hak tidak boleh mutlak kerana ia perlu mengimbangi antara satu sama lain. Proses pengimbangan terhadap satu sama lain melibatkan keperluan, meletakkan had kepada sejauh mana hak-hak ini dinikmati," tegas beliau.
Pada 28 Mei tahun lepas, Anwar telah memfailkan permohonan itu bagi merujuk persoalan perundangan berhubung satu daripada tiga perutuduhan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 terhadapnya.
Pada 22 Mei tahun lepas, Anwar, 64, dan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali, 48, serta Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, 34, didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara.
Ketiga-tiga pemimpin PKR itu merupakan kumpulan individu pertama didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.
Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua iaitu bersubahat menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim untuk membuka halangan besi di Jalan Raja di sini pada hari sama.
Pada 2 Julai, tahun lepas, ketiga-tiga mereka didakwa dengan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh dan Farhan dan lima penyokong 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingkari perintah Mahkamah Majistret yang dikeluarkan pada 26 April 2012 yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei tahun lepas.
Peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada Isnin ini dan juga penggantungan permohonan untuk semua prosiding di Mahkamah Seksyen sementara menunggu keputusan rayuan.
Semasa prosiding hari ini, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad. - BERNAMA
Hari ini aku mendapat tahu yang Anwar Ibrahim telah TARIK BALIK kes saman malu bernilai RM 100 juta terjadap Khairy Jamaluddin yang difailkan pada September 1997 tanpa sebarang kos bayaran...
Anwat SPIN tuduh KJ pernah kata PENGKHIANAT!!!
Pelik tengok Anwar ni...Nak saman orang lain..tp statement pun spin...hehe
Sepatutnya, petang ini Datuk Ibrahim Ali dan Senator Ezam akan menjadi saksi dalam kes Anwar dan KJ tapi Anwar telah membuat keputusan mengejut apabila menarik semula KES tersebut pagi tadi...
Apa pun keputusan Anwar, ini tidak bermakna dia indidu suci...Apa pun aku ucap tahniah kerana Anwar tidak meminta sebarang jumlah wang ringgit..ini berbeza dengan kes Khalid menyaman seorang blogger UMNO...dia meminta sejumlah wang yang agak besar bagi seorang rakyat marhain...
Dalam saman tersebut, Anwar mendakwa bahawa KJ memfitnah dan memalukannya atas dakwaan dia pengkhianat Melayu...aku nak tanya korang-korang semua..siapa yang mengatakan "Tongsampahkan Ketuanan Melayu?"...ada jawapan?? kikiki....