Dikaitkan Dalam Buku Lest We Forget, #RCISabah Buka Pekung Anwar Ibrahim



Reaksi gelabah Azmin Ali yang cuba 'menyingkirkan' nama Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC' juga menimbulkan tanya-tanya. Menurut Azmin Ali ada pihak yang akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam projek tersebut walaupun keterangan dari 29 orang saksi sepanjang pusing pertama RCI, tiada seorang pun mengaitkan Anwar Ibrahim.

Pihak manakah yang dimaksudkan oleh Azmin Ali akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'projek IC' tersebut?

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu menyusuri kronologi 'Projek IC' walaupun sehingga ke hari ini tiada satu senarai nama dan nombor IC yang dituduh dipalsukan dikemukakan sebagai bukti.

Jangan Kita Lupa 'Gagasan Sabah Baru'

Kita tidak boleh menafikan bahawa sekitar pada tahun 1994 gabungan Tun M dan Anwar Ibrahim telah memberi janji 'Gagasan Sabah Baru' dan dicetuskan dalam manifesto BN semasa Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994.

Lim Kit Siang mengkritik Anwar Ibrahim dan BN pada 15 Februari 1994 kerana memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat negeri Sabah antara janji yang dipertikaikan oleh Kit Siang adalah 'BN akan membasmi kemiskinan di Sabah dalam masa 6 tahun.


Melalui manifesto 'Gagasan Sabah Baru' dan peranan Anwar Ibrahim, Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994 menyaksikan BN merampas kuasa dari PBS setelah 4 penggal berkuasa - apabila beberapa ADUN mereka bertindak melompat ke dalam BN dan ada yang menubuhkan parti sendiri.

Untuk rekod sebelum itu dalam tahun 1990 - PBS telah memenangi 25 kerusi, manakala BN 23 kerusi, selepas itu PBS meninggalkan BN dengan menyertai Gagasan Rakyat yang dianggotai oleh Semangat 46 dan DAP.

Selepas insiden lompat-melompat, PBS hanya tinggal 3 orang wakil rakyat iaitu Maxismus Ongkili, Joseph Pairin dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha.

Dalam keadaan ini Pairin tiada pilihan selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994 di mana ia menggemparkan rakyat Sabah.

Tahun 1990 hingga 1994 merupakan tahun yang dikatakan wujudnya 'Projek IC' untuk memenangkan BN di Sabah oleh beberapa saksi yang memberi keterangan dalam prosiding RCI.

Individu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan BN dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di Sabah tahun 1994 adalah Anwar Ibrahim.


Adakah Azmin Ali tahu bahawa Anwar Ibrahim antara individu yang berperanan dalam 'Projek IC' kerana umum mengetahui betapa kuatnya pengaruh Anwar Ibrahim waktu itu.

Maka tidak hairanlah awal-awal lagi Azmin Ali tampil menyatakan ada pihak akan mengaitkan Anwar Ibrahim?

Persoalan ini wajar ditimbulkan lebih-lebih lagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Anwar Ibrahim memberitahu kebenaran tentang pendatang tanpa izin kepada RCI :


Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger