Istilah derma jihad hanyalah sekadar momokan dan sandiwara politik PAS yang sanggup menggunakan apa saja cara untuk memastikan kepentingan dan survival parti itu bagi menghadapi pilihan raya akan datang terus kekal terjamin.
Penceramah UMNO, Ustaz Kamal Saidin, derma jihad yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah yang membantu suaminya, Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat Nabi yang lain seperti Saidina Abu Bakar dan Khalid Al Walid adalah antara contoh insan mulia yang benar-benar berjihad untuk memperjuangkan Islam dan seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT.
Berbeza dengan PAS, derma jihad pula digunakan sebagai saluran dan cara untuk mencari sumber kewangan dengan apa cari sekali pun, katanya.
“Kutipan derma untuk Tabung Memali yang mencecah RM2 juta tidak tahu ke mana perginya wang itu dan ini jelas menunjukkan parti itu menggunakan agama untuk menarik perhatian penyokong menghulurkan derma.
“Dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini, ada pemimpin Pakatan Rakyat meminta penyokong menghulurkan derma jihad sedangkan matlamat perhimpunan itu antaranya bertujuan untuk menumbangkan kerajaan.
“Objektif untuk tumbangkan kerajaan yang memerintah bukan jihad tetapi satu perbuatan derhaka. Maka mereka yang menghulurkan derma tidak akan mendapat sebarang manfaat atau pahala sebaliknya melalui sumbangan itu, si penderma bersubahat sama untuk menjatuhkan kerajaan.
“Oleh kerana kepentingan dan mainan politik, PAS namakan sumbangan itu sebagai derma jihad dan bagi penyokong yang jahil agama, maka mereka terus percaya hulur derma jihad dapat pahala,” katanya pada forum anjuran MyKMU.net di Kuala Lumpur, Ahad.
Tegas Ustaz Kamal lagi, derma jihad PAS ibarat hujan naik ke langit di mana penyokong mereka memberi derma kepada golongan atasan yakni pemimpin.
Selanjutnya di PerakToday.com
Post a Comment