LEDAKAN DARI BLOGOSFERA!!
print this page
ENTRI TERKINI
Showing posts with label PemudaUMNO. Show all posts
Showing posts with label PemudaUMNO. Show all posts

#OpsBanjir Buktikan Pemuda UMNO Akan Kembali Menyengat~!! @KhairyKj @AzwanBro @TunFaisal

Pemuda UMNO agak 'sunyi' sejak tamatnya tempoh perkhidmatan exco2 terdahulu... tapi selepas penubuhan jawatankuasa baru oleh ketuanya YB Khairy Jamaluddin, Pemuda UMNO telah mula menyengat kembali dengan aktiviti kemasyarakatan & perjuangan bangsa! Dimulakan dengan #OpsBanjir di Terengganu... di bawah ini berita dari Portal PjO [klik sumber]

Biro yang baru ditubuhkan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Biro Ksatria Muda yang diketuai oleh Arman Azha Abu Hanifah telah mengadakan program kemasyarakatan pertama mereka yang dikenali sebagai Ops Banjir.


Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun diberi penghormatan untuk mengepalai misi untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di bahagian Selatan Terengganu, iaitu di sekitar Parlimen Kemaman dan Dungun.

Mereka bersama 200 orang sukarelawan Ksatria Muda PPUM yang turut sama menyertai Ops Banjir memulakan lawatan dan kerja-kerja pembersihan ke Kompleks Rakan Muda Kemaman yang terjejas teruk akibat banjir besar yang cuma berlaku seumpamanya 20 tahun lalu.

Seterusnya kumpulan ini bertolak ke perkampungan sekitar daerah Chukai, Kemaman untuk melakukan lawatan dari rumah ke rumah sambil membantu kerja-kerja pembersihan rumah penduduk kampung. Mereka turut menghulurkan bantuan berbentuk keperluan harian bagi meringankan beban penduduk.





Pada petangnya, kumpulan sukarelawan Biro Ksatria Muda mengunjungi pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Dungun untuk bertanyakan permasalahan mangsa-mangsa banjir di situ, sambil menghulurkan bantuan berbentuk makanan dan keperluan harian.

Ops Banjir mendapat kerjasama dan bantuan penuh dari persatuan-persatuan belia dan Pemuda UMNO Terengganu. Beberapa orang Exco Pemuda lain yang baru saja dilantik dalam Pemilihan UMNO lalu turut sama menyertai misi ini, antaranya Dato' Ahmad Mukhriz Fuad, Muammar Ghadaffi Jamal Haamaludin, dan Sheikh Ahmad Nafiq. -RR/PjO

1 comments

Nasib Golongan Muda Terus Dibela... PTPTN Tidak Teruskan CCRIS @KhairyKj @TunFaisal

BERITA baik untuk mahasiswa dibawah tajaan PTPTN, dimana Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin yang telah membela nasib golongan muda dan Terima kasih kepada PM serta menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.

"Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda," tulisnya.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.

Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. [SUMBER]
0 comments

#NewVillage: Lim Guan Eng Tak Faham Antara Diplomatik & Komunisme!! - @TunFaisal

SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak faham konteks hubungan diplomatik yang diadakan oleh Barisan Nasional (BN) dengan Parti Komunis China, kata Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurutnya, penubuhan sekretariat di antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (CYL) adalah berteraskan hubungan dan kerjasama negara, bukan kerjasama dengan pergerakan komunis Malaya.

Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu jelas tidak maklum tentang faedah yang diperolehi negara hasil hubungan yang diadakan pada 12 Oktober 2009 dalam pelbagai bidang.

"Pemimpin DAP macam Lim Guan Eng ada masalah untuk faham konteks. Konteks hubungan dengan parti teras sebuah kerajaan yang penting berbeza dengan konteks penolakan dan menyelar kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM).

"PKM bunuh rakyat (negara ini) dan lakukan sabotaj sedangkan Parti Komunis Cina tidak bunuh rakyat Malaysia dan merupakan rakan penting Malaysia dalam banyak bidang," katanya kepada Antaraposmenerusi sistem pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Justeru kata Tun Faisal, Lim melakukan provokasi dengan bertindak mempertikaikan hubungan berkenaan.

Setiausaha Agung DAP itu dalam kenyataan medianya semalam, mendesak Umno untuk tampil menjelaskan hubungan parti itu dengan Parti Komunis Cina.

Beliau merujuk kenyataan anggota exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam yang mempersoalkan bagaimana filem 'The New Village' yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme begitu mudah diluluskan berbanding filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Katanya lagi, Ketua Pemuda Umno pada 12 Oktober 2009 turut mengumumkan sekretariat tetap bagi mengukuhkan hubungan di antara Pemuda BN dengan CYL.

Lim juga membidas Umno yang tidak menentang tindakan kerajaan yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti China, Cuba dan Vietnam.

Mengulas lanjut, Tun Faisal menegaskan kerajaan BN menolak sekeras-kerasnya Parti Komunis Malaya yang melakukan kekejaman kepada rakyat berbeza dengan Parti Komunis China.

Malahan jelasnya, pada era tahun 1970-an Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussin telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China untuk menyebarkan penolakan rakyat kepada PKM.

Ini kerana PKM jelas mengancam keselamatan rakyat ketika itu kerana melakukan kezaliman.

"Sebab apa PKM ditolak kerana keganasan, kezaliman dan ideologi dan pendekatan yang tidak sesuai dengan rakyat Malaysia dan tanah Melayu ketika itu.

"Tun Razak buat hubungan diplomatik dengan China pada tahun 70-an, untuk jelaskan pendekatan PKM yang ditolak rakyat Malaysia dan supaya China menyisihkan PKM dan tidak lagi beri dana kepada PKM," tambah beliau.

Polemik timbul apabila Pemuda Umno mahu filem 'The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis diharamkan.

Filem itu didakwa secara halus mengangkat PKM sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan. -antarapos
0 comments

Jerebu: PPUM Desak Indonesia Bertindak Segera!! - @KhairyKj


SHAH ALAM: Pemuda Umno mahu kerajaan Indonesia bertindak segera dan tegas bagi menangani isu jerebu akibat pembakaran hutan di negara itu.

Sehubungan itu, kata ketua pergerakan itu, pemuda Umno akan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur hari ini.

"PPUM (Pergerakan Pemuda Umno Malaysia) berpendapat kerajaan Republik Indonesia perlu bertindak tegas dalam hal ini, demi semangat kejiranan, toleransi dan kerjasama di antara negara-negara rantau Asia Tenggara," katanya.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Khairy juga mengingatkan kesediaan Malaysia membantu negara seberang itu dalam menyelesaikan masalah jerebu di rantau ini.

Menurut Khairy, Pergerakan itu juga akan mengagihkan topeng muka secara percuma dan mengadakan majlis solat istisqa (solat memohon hujan) di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur esok.

"PPUM berdoa dan berharap agar tahap IPU (Indeks Pencemaran Udara) akan menunjukkan tren penurunan dalam masa terdekat ini, agar kita dapat kembali kepada persekitaran yang sihat dan selamat demi kemakmuran bersama," katanya.

Keadaan jerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera menyebabkan kerajaan semalam terpaksa mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang. Manakala ratusan sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Port Dickson, Kuantan dan Segamat juga diarahkan supaya tutup. -antarapos
0 comments

#LahadDatu: @KhairyKj Bidas Anwar Ibrahim Yang Cuba Mempolitikkan Konflik Pencerobohan


Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin membidas cadangan pembangkang yang mahu mengadakan sidang parlimen tergempar bagi memperbincangkan isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan negara.

Menurut beliau, cadangan yang dilontarkan oleh pembangkang itu tidak logik kerana ia berhubung soal keselamatan negara yang sedang berhadapan dengan ancaman musuh, di mana ia perlu ditangani dengan cermat dan teliti demi keselamatan rakyat di negara ini.

“Ini adalah isu keselamatan negara di mana hari ini kita sedang menghadapi serangan bersenjata dari pihak penceroboh. Takkanlah kita nak bincang isu bagaimana untuk menangani percerobohan ini secara terbuka di Parlimen kerana ia melibatkan strategi yang melibatkan perkara-perkara sulit yang tidak boleh didedahkan secara terbuka.

“Sebagai contoh, ketika Presiden Obama merancang untuk menangkap Osama Bin Laden, beliau tidak memanggil parti lawannya untuk memperbahaskan perkara ini di Dewan Senat secara terbuka kerana ini melibatkan operasi sulit ketenteraan,” tegas beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri majlis tahlil untuk anggota keselamatan yang terkorban di Putra World Trade Center (PWTC) semalam.

Justeru itu, Khairy menyelar sikap pembangkang yang cuba mempolitik isu pencerobohan di Sabah dalam keadaan negara yang sedang menghadapi ancaman musuh, demi kepentingan politik mereka.

“Pembangkang tidak patut politikkan isu ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Tidak perlu panjangkan isu ini sehingga akhirnya menjadi polemik politik, sedangkan kita sedang menghadapi situasi genting dalam usaha mengatasi ancaman pencerobohan yang sedang berlaku di Sabah hari ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Sabah ketika berjuang mempertahankan negara dan meminta mereka bersabar dengan ujian tersebut.

Pemuda UMNO Malaysia turut memberikan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima bagi membantu meringankan beban anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban.


sumber: http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/khairy-bidas-anwar-yang-cuba-mempolitik.html
0 comments

Ketua Pemuda @KhairyKj Sampaikan BR1M 2.0 Di Paroi


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu langkah BN untuk membantu rakyat dengan pemberian wang tunai hasil kutipan dan simpanan dari cukai oleh kerajaan. Itu antara isu ucapan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin semasa majlis penyampaian BR1M 2.0 di Paroi, Negeri Sembilan hari ini.

0 comments

#Listen: NGO Guna Nama 1Malaysia Perlu Bertanggungjawab - @RazaliIbrahim #UMB

MUAR: Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan istilah 1Malaysia perlu bertanggungjawab, mempunyai kemahiran dan fakta jelas berkenaan sesuatu isu yang dibangkitkan supaya tidak menjejaskan imej kerajaan.

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim menegaskan kegagalan NGO terbabit mengetengahkan fakta yang betul akan mengundang salah faham dalam kalangan rakyat.

"Pemimpin badan NGO kena jawab persoalan yang timbul kerana rakyat memerlukan jawapan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gotong-royong Perdana dan Pelancaran Siswa4U Parlimen Muar di Parit Raja, Jalan Temenggung Ahmad, di sini Ahad.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan merujuk kejadian membabitakn Bawani KS, pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Presiden Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen semasa Forum "Seiringkah Mahasiswa dan Politik?" yang berlangsung di UUM 8 Dis lalu.

Mengenai hujah Bawani pelaksanaan pendidikan percuma hanya memerlukan RM10bilion, Razali berkata kenyataan itu tidak tepat kerana didasar kepada jumlah pelajar yang memohon atau mendapat pinjaman daripada kerajaan.

"Apabila kita putuskan hendak beri pendidikan percuma, kita kena beri kepadasemua sedangkan lebih ramai lagi pelajar yang belajar atas pembiayaan sendiri,"katanya menambah jumlah perbelanjaan sebenar adalah jauh lebih besar jikacadangan itu dilaksana.

Beliau juga mahu Bawani mempertimbangkan fakta Argentina mampu memberi pendidikan percuma kerana jumlah pelajarnya hanya 200,000 sedangkan di malaysia ada lebih sejuta orang. BERNAMA
0 comments

200,000 Mahasiswa Layak Mengundi - Datuk @RazaliIbrahim #UMB

MUAR - Lebih 200,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan terbabit dalam politik selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dipinda hujung tahun lalu.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 14,000 daripadanya adalah ahli Umno yang boleh terbabit secara langsung dalam politik selain pelbagai lagi terlibat dengan kerja kesukarelaan yang disertai parti-parti politik.

Menurutnya, jika dulu mahasiswa tidak boleh terbabit secara langsung dalam politik, namun kini sudah dibenarkan yang memberi peluang kepada golongan berkenaan menyertainya secara lebih serius.

“Dulu nak masuk politik tidak boleh kerana mengikut peraturan hanya pemimpin selain mahasiswa dibenarkan, akhirnya yang boleh masuk kepimpinan ialah rakyat, tetapi bukan mahasiswa.

“Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya kerana ia sudah dipinda. Sekarang mahasiswa sudah ada pilihan, kecemerlangan akademik adalah paling utama, tetapi adalah lebih baik jika mereka boleh kendalikan dua-duanya,” katanya ketika sidang media selepas menyertai Majlis Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Muar, dekat Parit Keroma, semalam.

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan kerajaan akan membenarkan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) untuk bertanding pada PRU13, pada 15 Disember lalu.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, mengikut rekod pihaknya, 14,000 mahasiswa adalah ahli Umno di seluruh negara daripada jumlah keseluruhan iaitu 200,000 yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Justeru, katanya, Pemuda Umno akan melancarkan Sukarelawan Siswa4U bagi mengetengahkan kepimpinan dimiliki golongan terbabit dan ia akan dikendalikan oleh 184 mahasiswa ahli Umno dari Muar sendiri.

“Dan selaras pelancaran program sukarelawan My Beautiful Malaysia pada 3 Februari depan anjuran 1Malaysia For Youth (IM4U) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita akan lancarkan Siswa4u, di sini, esok (hari ini) bagi mengetengahkan kepimpinan golongan ini.

“Antara tema program berkenaan ialah semangat kesukarelaan selain pelbagai lagi program yang kita tidak hadkan, terpulang kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, antara perkara dirancang termasuk kebersihan di kalangan masyarakat, pembelajaran Bahasa Inggeris, keagamaan serta gotong-royong selain penyerahan bantuan.
0 comments

Tidak Matang @Tantawi100 Perlekeh Lawatan PM @NajibRazak Ke Gaza! - @KhairyKj #UMB

TEMERLOH: Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.

Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasrudin dalam blognya yang mencemuh lawatan Perdana Menteri ke Gaza dengan perkataan kesat.

Dalam perkembangan lain, Khairy malahirkan rasa hairan dengan sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kekal dengan pendirian membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Katanya, Anwar sepatutnya tidak menunjukkan sikap percanggahan dengan keputusan Majlis Syura Pas pada 13 Jan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

"Kenyataan bercanggah antara Pas dan Anwar menyebabkan umat Islam terutamanya mereka yang tidak berparti merasa kecewa dan Pas sepatutnya perlu memikirkan semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Pemuda Umno akan memberi tumpuan untuk menawan pengundi muda yang masih tidak mempunyai parti dan akan mengundi kali pertama pada pilihan raya umum akan datang bagi menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata Pemuda Umno akan memberi fokus memikat 40 peratus pengundi muda atas pagar daripada keseluruhan pengundi muda semua kaum di seluruh negara.

Sehubungan itu, katanya, jentera pilihan raya pemuda BN perlu mendekati seramai mungkin pengundi muda dengan menggunakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Selain menggunakan hujah berfakta, Pemuda BN perlu berkempen 24 jam menerusi akses media sosial terutamanya bagi mengesan mereka yang berada di luar kawasan serta melalui aktiviti sukan, masjid, ceramah, kebajikan dan sebagainya," katanya.

Khairy berkata sokongan golongan muda terhadap BN dan kepimpinan Najib semakin meningkat setiap hari.

"Walaupun kita berpuas hati terhadap respons yang ditunjukkan oleh pengundi muda, namun kita akan terus tingkatkan lagi sokongan golongan itu kepada BN," katanya.- BERNAMA
0 comments

#KalimahALLAH: Pemuda Umno Cabar Lim Guan Eng

KEPALA BATAS: Pemuda Umno mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH susulan keputusan Majlis Syura Pas bahawa kalimah itu khusus untuk agama Islam.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya hairan kerana sehingga hari ini, Lim yang juga Setiausah Agung DAP, hanya membisu dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

"Beliau yang mulakan perkara ini (kontroversi isu kalimah ALLAH), tetapi selepas mengeluarkan kenyataan itu Lim hanya mendiamkan diri dan saya difahamkan beliau juga cuba mengelak apabila ditanya media.

"Mengapa perlu takut, kalau berani minta beranilah jawab, sekutu mereka (Pas) sudah beri jawapan dan sekarang DAP dan PKR pula perlu tampil dengan pendirian mereka. Saya pasti semua orang sedang tunggu (pendirian parti)," katanya di sini, hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 kepada 600 pelajar di kawasan Parlimen Kepala Batas yang dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Anggota Parlimen Kepala Batas.

Isu itu dibangkit oleh Lim semasa berucap sempena sambutan Krismas lepas, menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah 'ALLAH' dalam Bible bahasa Melayu.

Kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, namun pemimpin parti sekutu DAP termasuk Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Nik Abdul Aziz serta penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.

Bagaimanapun susulan keputusan majlis syura itu, Abdul Aziz mengubah pandangan yang bukan sahaja tidak bersetuju dengan Lim, tetapi juga menegaskan kalimah ALLAH hanya merujuk Tuhan Yang Satu dan perbuatan menggunakannya untuk agama lain adalah mengarut.

Reezal yang Ketua Pemuda Umno Kepala Batas turut menuntut Lim menarik balik kenyataannya itu.- Bernama
0 comments

#PRU13: Gerak Aktif Pusingan Akhir Pemuda UMNO Bermula 1 Februari - @KhairyKj

SEMUA jentera Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diarahkan untuk bergerak secara aktif di pusingan akhir bermula 1 Februari ini bagi bersiap-sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 
YB KJ beramah mesra dengan peniaga-
peniaga pasar tani diTaman Wira Mergong Kedah

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata biarpun jentera Pemuda sudah bersiap siaga sejak tahun lalu namun mulai awal bulan depan gerak kerja perlu lebih aktif.

Katanya, arahan untuk jentera bergerak aktif itu selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Pusat Daerah Mengundi (PDM) diaktifkan pada tarikh sama.

"Saya minta semua jentera Pemuda di peringkat PDM bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen perlu dibuka dan diaktifkan.

"Apabila dibuka, jentera Pemuda perlu buat kerja cari pengundi dan pastikan pada hari mengundi mereka keluar membuang undi dan kita dapat tahu siapa yang mengundi kita.

"Ini adalah persiapan kita di pusingan akhir sebelum pilihan raya dijalankan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dan taklimat Pemuda UMNO Kedah di sini hari ini.

Menurut Khairy, gerak kerja Pemuda ketika ini perlu lebih fokus dan bersifat mikro kepada kawasan PDM dan pengundi tanpa memikirkan soal calon yang diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan. UM [blog BROJINGGO]

0 comments

#Listen - Sharifah Zohra Tidak Mewakili BN - @KhairyKj @TunFaisal #UMB


Pengerusi Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin menegaskan di dalam twitternya bahawa Presiden SW1M, Sharifah Zohra Jabeen yang mencetuskan kontroversi berkaitan isu 'LISTEN' dalam sebuah forum mahasiswa di UUM minggu lalu bukan mewakili BN.

Video debat antara Sharifah Zohra & aktivis muda PSM, Bawani menjadi viral di internet selepas dimuat-naik di laman Youtube mymahasiswa (portal mahasiswa UMB)

Ikuti kisahnya DI SINI (KLIK!)


.

0 comments

Unit Media Baru UMB Pemuda UMNO


Unit Media Baru 
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger