LEDAKAN DARI BLOGOSFERA!!
print this page
ENTRI TERKINI
Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Krisis Di Selangor Bertambah

                            

Selangor ohh Selangor, lepas air bermasalah, kali ni letrik pulak. Macam mana Khalid jaga Selangor ni? Habis semua bermasalah. Kalau air takdak, letrik takdak, nanti Selangor serupa kembali ke zaman batu la nampaknya.

Entah kenapa PKR Selangor menghalang pembinaan pencawang letrik tersebut. Mungkin mereka merancang untuk mensabotaj Loji Langat 2 bila siap nanti. Sebab Loji Langat 2 akan memerlukan tenaga letrik yang banyak.

Bila tidak cukup bekalan letrik, Loji Langat 2 gagal untuk berfungsi dengan baik. Begitu busuk dan jijiknya perangai PKR Selangor ni. Biar pun ianya akan menyusahkan rakyat, janji kepentingan mereka untuk menghalang pembinaan Langat 2 tercapai.

PKR Selangor menghalang TNB dari membina pencawang baru. Pencawang tersebut hanya membabitkan laluan sejauh satu kilometer sahaja di Rawang bagi mengalirkan 1,000 megawatt (MW) tenaga elektrik dari stesen janakuasa baharu di Manjung, Perak ke Lembah Klang.

Mengikut Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli, "Jika pencawang tersebut gagal dibina, ini bukan sahaja menyebabkan krisis tenaga tetapi menjejaskan operasi bekalan air Loji Langat 2.

"Ini kerana bekalan tenaga elektrik dari Manjung itu akan dihantar ke projek talian TNB Mahkota Cheras sebelum diagihkan kepada beberapa kawasan lain termasuk membekalkan elektrik bagi membolehkan Loji Langat 2 beroperasi kelak," katanya.

Malah TNB memberitahu, Kerajaan Negeri Selangor juga gagal memberi kerjasama dengan baik dalam mencari tempat untuk TNB menambahkan pencawangnya di kawasan yang memerlukan.

Jika berlaku sesuatu yang melibatkan kekurangan tenaga untuk menyalurkan bekalan letrik, pasti Kerajaan Negeri Selangor akan menyalahkan TNB dan meminta TNB bertanggung jawab, sedangkan semua punca masalah ini adalah kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan tempat untuk TNB menambah pencawangnya.
0 comments

Krisis Air Selangor: Khalid Ibrahim Pertikai Dakwaan SYABAS

SHAH ALAM - Siasatan Kerajaan negeri menunjukkan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengenai kegagalan rumah pam di Wangsa Maju berpunca dari sistem VSD (variable speed drives) adalah tidak berasas.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana sistem VSD memerlukan penyelenggaraan berkala sedangkan Syabas tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Sebelum ini katanya, Syabas hanya memanggil pembekal untuk penyelenggaraan apabila ada masalah timbul.

Menurutnya, siasatan tersebut dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor dengan memanggil semua pihak terlibat dengan pembinaan rumah pam di Wangsa Maju.

“Pihak terbabit termasuk jurutera perunding yang mereka bentuk rumah pam tersebut, kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membina, subkontraktor yang dipertanggungjawabkan dalam hal berkaitan Mechanical & Electrical dan pembekal utama VSD kepada pam-pam tersebut,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, menurut pembekal VSD tersebut, insiden ‘pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

“Sekiranya parameter melebihi had yang ditetapkan dalam sistem VSD, maka barulah pam tersebut akan terhenti (tripped). Syabas sepatutnya mengenal pasti punca sebenar berlakunya kekerapan ‘pump tripped’ hingga menjejaskan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

“Pembekal mengesahkan mereka dipanggil oleh Syabas pada 29 Disember 2012 jam 3 petang dan pada 2 Januari 2013 pembekal mengganti semua VSD di pam-pam berkenaan. Sehingga 8 Januari 2013, pembekal menukar dua set peralatan VSD,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga mendapati dakwaan Syabas bahawa alat gantian yang terlibat perlu diimport dari Finland tidak benar kerana pembekal mengesahkan alat ganti boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan ‘courier’ sahaja.

Dalam pada itu katanya, terdapat percanggahan kenyataan Syabas menerusi media masa di mana 8 Januari 2012, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Halim Mat Som menyatakan masalah gangguan air di Lembah Klang boleh diatasi dalam tempoh tujuh hari tetapi semalam, Pengerusi Syabas Tan Sri Rozali Ismail menyatakan masalah ini berpanjangan sehingga Tahun Baru Cina.

“Kenyataan tidak konsisten ini menunjukkan seolah-olah adalah agenda tersembunyi untuk menimbulkan suasana panik dan seterusnya membangkitkan rasa marah dalam kalangan pengguna di Lembah Klang kepada kerajaan negeri yang difitnah dan ditohmah sebagai punca masalah,” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri kesal Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak menjalankan peranan di bawah undang-undang dan hanya berdiam diri sepanjang krisis bekalan air berlaku.

Beliau berkata, SPAN sepatutnya menjalankan siasatan terperinci dan bukan hanya menerima apa sahaja yang dikatakan Syabas.

“Kita menganggap masalah gangguan air ini sebagai masalah yang perlu diberi perhatian segera oleh Kerajaan Pusat kerana ia membuktikan kegagalan projek penswastaan air yang diberi kepada syarikat tidak berkelayakan dan kompeten.

“Kita yakin masalah ini hanya dapat diatasi jika Kerajaan Pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan air sepertimana yang dihasratkan oleh Akta Perkhidmatan Industri Air atau WSIA 2006,” katanya.
0 comments

UNISEL = TALIBAN?? Apa Puncanya??



SHAH ALAM - Tindakan Universiti Selangor (Unisel) mengenakan bayaran RM200 sebulan bagi menanggung kos penginapan dan pengangkutan sepanjang menghuni penempatan sementara adalah tidak wajar sama sekali.

Keputusan itu tidak disenangi sebahagian besar pelajar yang diarahkan berpindah. Lebih malang, operasi pemindahan pelajar tidak langsung dibantu oleh pihak universiti.

Tindakan lepas tangan dan tidak berhati perut oleh pihak universiti membuktikan pihaknya tidak mengutamakan kebajikan pelajar.

Sebagai sebuah universiti di bawah kerajaan Selangor yang mengutamakan kebajikan rakyat, perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku.

"Ketika kami berdepan masalah, mana kumpulan mahasiswa seperti Gamis, SMM dan KAMI yang heboh sana-sini sebagai pejuang mahasiswa itu? [BACA SETERUSNYA]
0 comments

Lombong Pasir Khalid Punca UNISEL Tutup?!!


Universiti Selangor (UNISEL) untuk entah kali ke berapa terus menarik perhatian umum dan mengundang kontroversi yang tak sudah-sudah semenjak IPT itu di urus tadbir oleh Kerajaan PKR Selangor.

Sebelum ini UNISEL diselubungi  masalah timbunan hutang berjuta ringgit gara-gara kegagalan urus tadbir dan masalah kewangan yang menyebabkannya gagal melangsaikan bayaran perkhidmatan pengurusan asrama.

Tumpuan kali ini pula berkisar pada permasalahan yang dihadapi sekitar 5,000 hingga 6,000 orang pelajarnya di Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor apabila terpaksa tinggal di luar penempatan asrama berikutan masalah mendapan tanah dan keretakan bangunan selain turut menjejaskan sistem pendawaian elektrik.

Sejak Kampus UNISEL di Bestari Jaya ini siap dibina dan mula beroperasi pada 2005, masalah sistem utiliti pendawaian elektrik, mendapan tanah atau keretakan bangunan tidak pernah berlaku sama sekali.

Namun apabila Kerajaan Negeri mula diambil alih oleh pakatan pembangkang yang bersekongkol di bawah gabungan PR, masalah mula timbul berikutan tindakan Kerajaan PKR Negeri melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan kontraktor yang dilantik semakin menggiatkan aktiviti perlombongan pasir di sekitar kawasan berdekatan. (baca seterusnya) -mymassa
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger