LEDAKAN DARI BLOGOSFERA!!
print this page
ENTRI TERKINI
Showing posts with label PemudaUMNO. Show all posts
Showing posts with label PemudaUMNO. Show all posts

#OpsBanjir Buktikan Pemuda UMNO Akan Kembali Menyengat~!! @KhairyKj @AzwanBro @TunFaisal

Pemuda UMNO agak 'sunyi' sejak tamatnya tempoh perkhidmatan exco2 terdahulu... tapi selepas penubuhan jawatankuasa baru oleh ketuanya YB Khairy Jamaluddin, Pemuda UMNO telah mula menyengat kembali dengan aktiviti kemasyarakatan & perjuangan bangsa! Dimulakan dengan #OpsBanjir di Terengganu... di bawah ini berita dari Portal PjO [klik sumber]

Biro yang baru ditubuhkan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Biro Ksatria Muda yang diketuai oleh Arman Azha Abu Hanifah telah mengadakan program kemasyarakatan pertama mereka yang dikenali sebagai Ops Banjir.


Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun diberi penghormatan untuk mengepalai misi untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di bahagian Selatan Terengganu, iaitu di sekitar Parlimen Kemaman dan Dungun.

Mereka bersama 200 orang sukarelawan Ksatria Muda PPUM yang turut sama menyertai Ops Banjir memulakan lawatan dan kerja-kerja pembersihan ke Kompleks Rakan Muda Kemaman yang terjejas teruk akibat banjir besar yang cuma berlaku seumpamanya 20 tahun lalu.

Seterusnya kumpulan ini bertolak ke perkampungan sekitar daerah Chukai, Kemaman untuk melakukan lawatan dari rumah ke rumah sambil membantu kerja-kerja pembersihan rumah penduduk kampung. Mereka turut menghulurkan bantuan berbentuk keperluan harian bagi meringankan beban penduduk.





Pada petangnya, kumpulan sukarelawan Biro Ksatria Muda mengunjungi pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Dungun untuk bertanyakan permasalahan mangsa-mangsa banjir di situ, sambil menghulurkan bantuan berbentuk makanan dan keperluan harian.

Ops Banjir mendapat kerjasama dan bantuan penuh dari persatuan-persatuan belia dan Pemuda UMNO Terengganu. Beberapa orang Exco Pemuda lain yang baru saja dilantik dalam Pemilihan UMNO lalu turut sama menyertai misi ini, antaranya Dato' Ahmad Mukhriz Fuad, Muammar Ghadaffi Jamal Haamaludin, dan Sheikh Ahmad Nafiq. -RR/PjO

1 comments

Nasib Golongan Muda Terus Dibela... PTPTN Tidak Teruskan CCRIS @KhairyKj @TunFaisal

BERITA baik untuk mahasiswa dibawah tajaan PTPTN, dimana Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin yang telah membela nasib golongan muda dan Terima kasih kepada PM serta menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.

"Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda," tulisnya.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.

Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. [SUMBER]
0 comments

#NewVillage: Lim Guan Eng Tak Faham Antara Diplomatik & Komunisme!! - @TunFaisal

SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak faham konteks hubungan diplomatik yang diadakan oleh Barisan Nasional (BN) dengan Parti Komunis China, kata Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurutnya, penubuhan sekretariat di antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (CYL) adalah berteraskan hubungan dan kerjasama negara, bukan kerjasama dengan pergerakan komunis Malaya.

Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu jelas tidak maklum tentang faedah yang diperolehi negara hasil hubungan yang diadakan pada 12 Oktober 2009 dalam pelbagai bidang.

"Pemimpin DAP macam Lim Guan Eng ada masalah untuk faham konteks. Konteks hubungan dengan parti teras sebuah kerajaan yang penting berbeza dengan konteks penolakan dan menyelar kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM).

"PKM bunuh rakyat (negara ini) dan lakukan sabotaj sedangkan Parti Komunis Cina tidak bunuh rakyat Malaysia dan merupakan rakan penting Malaysia dalam banyak bidang," katanya kepada Antaraposmenerusi sistem pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Justeru kata Tun Faisal, Lim melakukan provokasi dengan bertindak mempertikaikan hubungan berkenaan.

Setiausaha Agung DAP itu dalam kenyataan medianya semalam, mendesak Umno untuk tampil menjelaskan hubungan parti itu dengan Parti Komunis Cina.

Beliau merujuk kenyataan anggota exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam yang mempersoalkan bagaimana filem 'The New Village' yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme begitu mudah diluluskan berbanding filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Katanya lagi, Ketua Pemuda Umno pada 12 Oktober 2009 turut mengumumkan sekretariat tetap bagi mengukuhkan hubungan di antara Pemuda BN dengan CYL.

Lim juga membidas Umno yang tidak menentang tindakan kerajaan yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti China, Cuba dan Vietnam.

Mengulas lanjut, Tun Faisal menegaskan kerajaan BN menolak sekeras-kerasnya Parti Komunis Malaya yang melakukan kekejaman kepada rakyat berbeza dengan Parti Komunis China.

Malahan jelasnya, pada era tahun 1970-an Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussin telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China untuk menyebarkan penolakan rakyat kepada PKM.

Ini kerana PKM jelas mengancam keselamatan rakyat ketika itu kerana melakukan kezaliman.

"Sebab apa PKM ditolak kerana keganasan, kezaliman dan ideologi dan pendekatan yang tidak sesuai dengan rakyat Malaysia dan tanah Melayu ketika itu.

"Tun Razak buat hubungan diplomatik dengan China pada tahun 70-an, untuk jelaskan pendekatan PKM yang ditolak rakyat Malaysia dan supaya China menyisihkan PKM dan tidak lagi beri dana kepada PKM," tambah beliau.

Polemik timbul apabila Pemuda Umno mahu filem 'The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis diharamkan.

Filem itu didakwa secara halus mengangkat PKM sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan. -antarapos
0 comments

Jerebu: PPUM Desak Indonesia Bertindak Segera!! - @KhairyKj


SHAH ALAM: Pemuda Umno mahu kerajaan Indonesia bertindak segera dan tegas bagi menangani isu jerebu akibat pembakaran hutan di negara itu.

Sehubungan itu, kata ketua pergerakan itu, pemuda Umno akan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur hari ini.

"PPUM (Pergerakan Pemuda Umno Malaysia) berpendapat kerajaan Republik Indonesia perlu bertindak tegas dalam hal ini, demi semangat kejiranan, toleransi dan kerjasama di antara negara-negara rantau Asia Tenggara," katanya.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Khairy juga mengingatkan kesediaan Malaysia membantu negara seberang itu dalam menyelesaikan masalah jerebu di rantau ini.

Menurut Khairy, Pergerakan itu juga akan mengagihkan topeng muka secara percuma dan mengadakan majlis solat istisqa (solat memohon hujan) di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur esok.

"PPUM berdoa dan berharap agar tahap IPU (Indeks Pencemaran Udara) akan menunjukkan tren penurunan dalam masa terdekat ini, agar kita dapat kembali kepada persekitaran yang sihat dan selamat demi kemakmuran bersama," katanya.

Keadaan jerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera menyebabkan kerajaan semalam terpaksa mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang. Manakala ratusan sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Port Dickson, Kuantan dan Segamat juga diarahkan supaya tutup. -antarapos
0 comments

#LahadDatu: @KhairyKj Bidas Anwar Ibrahim Yang Cuba Mempolitikkan Konflik Pencerobohan


Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin membidas cadangan pembangkang yang mahu mengadakan sidang parlimen tergempar bagi memperbincangkan isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan negara.

Menurut beliau, cadangan yang dilontarkan oleh pembangkang itu tidak logik kerana ia berhubung soal keselamatan negara yang sedang berhadapan dengan ancaman musuh, di mana ia perlu ditangani dengan cermat dan teliti demi keselamatan rakyat di negara ini.

“Ini adalah isu keselamatan negara di mana hari ini kita sedang menghadapi serangan bersenjata dari pihak penceroboh. Takkanlah kita nak bincang isu bagaimana untuk menangani percerobohan ini secara terbuka di Parlimen kerana ia melibatkan strategi yang melibatkan perkara-perkara sulit yang tidak boleh didedahkan secara terbuka.

“Sebagai contoh, ketika Presiden Obama merancang untuk menangkap Osama Bin Laden, beliau tidak memanggil parti lawannya untuk memperbahaskan perkara ini di Dewan Senat secara terbuka kerana ini melibatkan operasi sulit ketenteraan,” tegas beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri majlis tahlil untuk anggota keselamatan yang terkorban di Putra World Trade Center (PWTC) semalam.

Justeru itu, Khairy menyelar sikap pembangkang yang cuba mempolitik isu pencerobohan di Sabah dalam keadaan negara yang sedang menghadapi ancaman musuh, demi kepentingan politik mereka.

“Pembangkang tidak patut politikkan isu ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Tidak perlu panjangkan isu ini sehingga akhirnya menjadi polemik politik, sedangkan kita sedang menghadapi situasi genting dalam usaha mengatasi ancaman pencerobohan yang sedang berlaku di Sabah hari ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Sabah ketika berjuang mempertahankan negara dan meminta mereka bersabar dengan ujian tersebut.

Pemuda UMNO Malaysia turut memberikan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima bagi membantu meringankan beban anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban.


sumber: http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/khairy-bidas-anwar-yang-cuba-mempolitik.html
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger