LEDAKAN DARI BLOGOSFERA!!
print this page
ENTRI TERKINI
Showing posts with label KEDAH. Show all posts
Showing posts with label KEDAH. Show all posts

Lelaki Menyamar Anak Sultan Kedah DiTahan


Gara-gara mendakwa dirinya putera kepada Sultan Kedah, seorang pesawah padi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas 13 pertuduhan memperdaya seorang pegawai bank tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Aszuraidi Abd. Aziz, 31, mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah memperdaya seorang pegawai bank, Akbar Mohamad, 53, antara 8 Ogos hingga 27 November tahun lalu di Taman Istimewa Pandan di sini dengan mengaku dirinya anak kepada Sultan Kedah dan mempunyai banyak harta di bawah nama ‘ayahandanya’ itu.

Tertuduh yang berasal dari Alor Setar, Kedah mendakwa mahu membuat urusan penukaran nama harta Sultan Kedah kepada namanya dan memerlukan sejumlah wang untuk tujuan itu.

Dia kemudian berjumpa dengan mangsa dan melakukan penipuan hingga mendorong pegawai bank berkenaan menyerahkan wang kepadanya secara berperingkat-peringkat yang keseluruhannya berjumlah RM1,898.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan penjara antara setahun hingga 10 tahun dan sebat serta sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000.

Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar jaminan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Afif Ali dan Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan kes akan disebut semula pada 6 Mac ini.

Selanjutnya di MPP Online
0 comments

PANASS!! Tahniah Pas Kerana Memajukan Pusat Komuniti KUIN!! #TukarKedah




KUIN melangkah kehadapan sekali lagi apabila berjaya membuka Pusat Komuniti Pas dalam kampusnya di Mergong. Blog Medan Tempur Kedah ada cerita baik punya pasal KUIN ni.

Pada asasnya Pusat Khidmat Komuniti KUIN  ditubuhkan adalah untuk mengadakan program dan aktiviti setempat bersama penduduk dan rakyat di Kedah.

Sebelum ini Pusat Khidmat Komuniti berjaya menaikkan nama KUIN didalam setiap program dan aktiviti kemasyarakatan..Banyak program pengajian ala ala pondok diadakan.

Sehinggalah bertukarnya pengarah baru..Pengarah baru Pusat Komuniti KUIN ini adalah Ust Ghani Samsudin..Beliau merupakan orang berpengaruh dalam Pas pust dan pernah menjadi calon di Dun Sg Burong Selangor.

Pusat Khidmat Komuniti KUIN sekarang ini lebih banyak tertumpu kearah mempromosi Pas dari menaikkan nama KUIN sendiri..Kalau dilihat pada screen shot yang aku ambil dari FB Pusat Komuniti KUIN hampir kesemuanya posting tentang parti Pas.

inilah dia pengarah baru Pusat Khidmat Komuniti KUIN Ust  Ghani


Ini membuktikan lagi bahawa Azizan dan Jamil hanya mementingkan kroni sehingga sanggup memberi jawatan apa saja dalam KUIN, hakikatnya mereka ini lebih banyak buat kerja parti dari KUIN..

Sebenarnya banyak cerita menarik aku dapat tau pasal Pusat Khidmat Komuniti KUIN.. Kalau dedah confirm Azizan kena serangan jantung..Tapi buat masa ni, Aku kongsikan dulu macamana Pas gunakan Pusat Komuniti KUIN untuk kepentingan parti..

Patut la Azizan sayang sangat kat Jamil tu, rupanya Jamil tu dok kempen Pas dalam KUIN. Nampak sangat Jamil ni budak pesuruh Azizan.

Sampai lingkup KUIN Jamil kerjakan, tapi Azizan tetap sayang, rupanya sebab macam ni la..


McTheory:
Untuk Selamatkan KUIN kita perlu tukar kerajaan negeri Kedah
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger