LEDAKAN DARI BLOGOSFERA!!
print this page
ENTRI TERKINI
Showing posts with label ISUSEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISUSEMASA. Show all posts

Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman Ditahan.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Ridzwan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada pukul 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

“Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram,” katanya.

-Seterusnya diblog MatDespatchOtai
1 comments

#LahadDatu: Polis Mencari Lelaki Yang Bergelar Datuk Seri.


LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

-Selanjutnya diblog BroJinggo
0 comments

Sejarah & Punca Pencerobohan #LahadDatu - Satu Analisis



1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2

Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

tenterasultan

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

mahakuttah
Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
 “Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.
Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.
maimbung
Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.


0 comments

3 Dalang Di Sebalik Pencerobohan #LahadDatu - Maklumat Perisikan


Di bawah adalah laporan Inquirer News yang pasti akan mengejutkan kita semua tentang kronologi dan kaitan percerobohan Lahad Datu dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang.

Secara ringkasnya, Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga iaitu pembangkang Malaysia politik, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan Filipina berkata bahawa salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kirams. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kirams membuat tuntutan ke atas negeri  Sabah.

Malah, satu laporan The Philippine Star minggu lepas telah mendedahkan percerobohan di Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aguino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya 3 kumpulan yang memperalatkan tunutan Kirams untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.


Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan BN seperti yang dibohongi oleh kepimpinan pembangkang.

Malah, kenyataan pemimpin pembangkang yang begitu cepat menyalahkan parti lawan dilihat sebagai satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu yang sebenarnya berlaku.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca terjemahan artikel Inquirer News yang boleh menyebabkan Anwar Ibrahim dan pembangkang berasa gelisah dan panik :
Sama ada waris kesultanan Sulu bertindak sendiri untuk menuntut Sabah atau telah dihasut oleh kuasa luar untuk berbuat demikian, satu perkara yang pasti, menurut sumber-sumber perisikan kerajaan: Ia adalah perniagaan yang terbukti terlalu besar bagi waris untuk mengendalikan pada mereka sendiri.


Sumber itu juga percaya bahawa dalam mesyuarat mereka pada November tahun lepas, yang Kirams memutuskan untuk "menuntut Sabah atau sekurang-kurangnya meminta untuk pampasan satu untuk Sabah yang setimpal ke hari ini nilai-tanah itu, dan untuk keluarga diraja diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh Malaysia " [BACA SETERUSNYA -BLOG MIM]
1 comments

Bongkar!! Bukti Penglibatan Anwar & NurMisuari Dalam Konflik #LahadDatu


Ramai tak tahu bahawa Nur Misuari memang tak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang melantik ketua MILF, Murad Ebrahim menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina mewakili BangsaMoro. Nur Misuari yang merupakan pemimpin MNLF, mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.

Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkan serangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.

Selain itu, Nur Misuari sendiri telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan menolak dari berkerjasama dengan MILF untuk masa depan BangsaMoro di Filipina.


Ramai juga yang tak mengetahui bahawa Nur Misuari adalah penyokong kuat kepada Sultan Sulu dan sewaktu proses menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina, Sultan Sulu juga tidak hadir.

Ketidakhadiran Nur Misuari dan juga Sultan Sulu dan penolakan perjanjian damai yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia pada tarikh 15 Oktober 2012 itu dikatakan menjadi punca bermulanya krisis di Lahad Datu Sabah.

Jadi, pertemuan Anwar serta beberapa pemimpin PKR dengan Nur Misuari di Filipina empat bulan lalu, membuktikan ada agenda sulit sedang dirancang untuk merosakkan imej Kerajaan Malaysia dan menggugat kedaulatan negara demi kepentingan politik masing-masing. [BACA SETERUSNYA - BLOG MPP]



0 comments

Kenapa Bawani Patut #Listen Cakap Orang Lebih Tua...


#Listen !!! @Bawani_KS Bawa Idealisme PSM dan #AmbigaJr ... @SW1M @KhairyKj


Listen..Listen...Listen....

Dalam sekelip mata nama mahasiswi dari UUM, Bawani dan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Zohra Jabeen popular di alam siber ini..Semuanya gara-gara satu rakaman yang dikeluarkan oleh portal My Mahasiswa yang berlangsung di UUM yang bertajuk "SEIRINGKAH MAHASISWA DAN POLITIK"..

Untuk melihat rakaman isu yang diputarkan boleh rujuk video di bawah...


Isu pokoknya adalah Zohra Jabeen menyekat suara Bawani yang ketika itu sedang menyatakan pendapatnya..Bagi aku apa yang dilakukan Bawani itu tidak salah kerana memang kita dialu-alukan untuk menyatakan pendapat...


======================

Kisah sebenar kes Bawani KS dengan Sharifah Zohra Jabeen

Sekarang ni tengah kecoh di internet pasal kes Bawani KS dengan Sharifah Zohra Jabeen dalam sebuah forum. Bawani ni dikatakan cuba mencetuskan provokasi liar terhadap program yang diadakan di UUM. Beliau mengutarakan soalan yang lebih kepada political thinking walaupun semua mahasiswa disana tahu yang program yang dianjurkan tidak menyentuh sedikitpun berkenaan parti politik di Malaysia dan ia bersifat general, apatah lagi menyebut Ambiga atau A. Samad Said.

Setelah dikaji dan diselidik, rupa-rupanya dia budak Pakatan Rakyat. Mahasiswa bernama Bawani ni adalah pembangkang dalam UUM. Dia sebenarnya tiada dalam senarai tetapi dihantar oleh pembangkang masuk ke dalam forum. Bawani merupakan ahli parti politik Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Gambar beliau ketika demo anti Lynas di Kedutaan Australia di Ampang, KL 

Gambar beliau ketika demo depan Parlimen isu Akta Gaji Minima 

Bawani bersama rakan-rakan dan komrad dari korea utara (berbulat merah) yang turut bersama melihat kempen "udah la BN" anjuran Parti Sosialis Malaysia.

Dibawah adalah penjelasan sebenar penasihat program tersebut.

Mahasiswa yang sokong Pakatan Rakyat memang macam tu. Tak perlu nak dihairankan pun sebenarnya. Kepada yang tak tahu cerita...

[BACA SETERUSNYA - RASYIDZAMRI]
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger