LEDAKAN DARI BLOGOSFERA!!
print this page
ENTRI TERKINI
Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

#PRU13 #GE13 - Johor Akan Jadi Kubur Politik Lim Kit Siang!!



Dr M: Johor akan menjadi ‘kubur’ untuk Lim Kit Siang
April 1, 2013 TMI
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat PKR dan Mursyidul Am PAS ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.


JOHOR BAHARU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi ‘kubur’ kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.

“Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepada Lim Kit Siang.

“Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis ‘Bicara Minda’ anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.

Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

`Ubah dan Tukar’

Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat ‘Ubah’ dan ‘Tukar’ kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.

Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.

“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.

Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.

“Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri,” katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.

Ikut telunjuk iMF

Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.

“Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.

Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.

Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya -Bernama
0 comments

Budak Tunjuk Isyarat Lucah Dipenjara!


Alhamdulillah...budak tunjuk isyarat lucah kepada DYMM dan Anggota Polis telah dikenakan hukuman..aku haram isu ini dapat memberi pengajaran kepada semua..jangan terlalu biadap..ini kira ok di Malaysia..klu di Thailan aku ras dah tak ada nyawa budak ni...haha

Berikutan dengan kes menghina dan menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Permaisuri Agung, Mahkamah Majistret Balik Pulau sebentar tadi telah menjatuhkan hukuman seperti berikut ke atas saudara Leong Pei Koe;

a) Hukuman Penjara 30 Hari kerana menghina DYMM Permaisuri Agung

b) denda RM 6000 kerana menghina DYMM Permaisuri Agung.

c) Hukuman Penjara 7 hari kerana menunjukkan isyarat lucah

d) Denda RM 2000 kerana menunjukkan isyarat lucah
Menjadikan jumlah hukuman penjara selama 37 hari dan denda sebanyak RM 8000 dan akan berkuatkuasa mulai esok.

Pesalah telah dijatuhkan hukuman penjara di Penjara Tapah.

Selanjutnya boleh rujuk SINI

INFO LAIN....Leong Pei Koe KPT:840718-10-5015 telah dituduh di Mahkamah Majistret Balik Pulau pada 13/2/13 @ 1700hrs di bawah dua pertuduhan mengikut Seksyen 294(a)KK.

Pertuduhan Pertama-Menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan rasmi SPB Raja Pemaisuri Agung yang sedang berlalu,

Pertuduhan Kedua-menunjukkan isyarat lucah kepada ASP Mohd Fakhrudin Bin Abd Hamid(pengadu)
OKT mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah mendapati OKT bersalah dan menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan pertama 1 bulan penjara dari tarikh tangkap dan denda RM6000 tidak bayar 2 bulan penjara,pertuduhan kedua penjara 7 hari dari tarkh tangkap dan denda RM2000 tidak bayar 1 bulan penjara.Kesemua hukuman berjalan serentak

Selanjutnya di blog Harapan Esok.
0 comments

Tanah kubur Hindu Batu Kawan dirampas DAP Penang


Berdepan restoren Hai Siang Seafood di Jalan Besar Simpang AMpat Seberang prai, satu bantahan telah di buat semalam tenggahri oleh kaum India terhadap pengambilan tanah perkuburan India yang akan dirampas dan diberikan kepada Hindu Endowment Fund Pulau Pinang.

Bantahan yang diketuai oleh MV Mathuyalagan a/l Veeriah yang merupakan Pengerusi IPF Bhg Nbong Tebal, turut disertai oleh seramai 40 orang penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Celdonia dan Simpang Ampat serta pemimpin MIC Batu kawan.


Pengambilan tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan ini melibatkan sebanyak 4 ekar tanah. Ia menyerupai bagaimana tanah ladang yang telah diberikan untuk kaum India untuk perumahan mereka dicilok Xavier dan Sivarasa untuk tujuan lain dari perumahan mereka dengan menggunakan salahkuasa pihak negeri.

Ketika sidang akhbar, M.V Mathialagan menjelaskan bahawa penduduk tidak puashati dengan perampasan tanah kubur orang India dan Prof P. Ramasamy tidak ada kuasa sebagai Timbalan Ketua menteri II untuk cmpur tangan dan hanya menjadi budak suruhan untuk memberitahu mereka telah mengambil alih tanah perkuburn India Ladang Batu Kawan

Selanjutnya di blog TheUnspinner
0 comments

Panas!! @KhairyKj Bidas Lim Kit Siang Cuba Politikkan Kematian William Yau!!


Hipokrit! itu lah perkataan pertama yang muncul di kepala MyMassa apabila terbaca tweet Lim Kit Siang yang mengaitkan UMNO/BN dengan kematian tragik Kanak-kanak bernama William Yau Zhen Zhong. Tweet LKS mendapat kritikan Khairy Jamaluddin yang menghentamnya kerana sanggup mempolitikkan kejadian itu. MyMassa yakin tiada siapa pun yang mahukan kejadiaan seperti itu berlaku di Malaysia.


Tindakan LKS mengheret kematian William ke dalam politik merupakan langkah yang paling bodoh. Adakah LKS sudah nyanyuk? Jika kita lihat Himpunan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini, berapa ramai kanak-kanak telah dibawa  ke perhimpunan yang hanya bermotifkan Politik? Apakah jaminan keselamatan kanak-kanak tersebut bila berada di kelompok-kelompok penyokong yang amarah dengan ucapan pemimpin pakatan yang menyemai semangat kebencian menentang kerajaan?  Nasib baiklah Polis berjaya mengawal himpunan sia-sia tersebut! 





Isu seperti ini tidak harus dipolitikkan dan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Seharusnya semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang...Takziah kepada kedua ibu bapa William Yau Zhen Zhong... [MYMASSA]
0 comments

Risalah Berbaur Perkauman Semasa Sambutan Thaipusam


Inilah antara sebab kenapa kita wajar tolak pakatan. Walau dimana, walau majlis sambutan apa sekali pun, mereka akan terus menghasut rakyat untuk membenci kerajaaan.

Semalam, rakan JB yang kebetulan buat liputan tentang majlis sambutan hari thaipusam di Batu Caves telah didatangi oleh seseorang sambil mengedarkan satu buku kecil "Janji Dicapati" yang secara jelas menghasut rakyat supaya menolak kerajaan.

Selanjutnya di blog JawaBernam
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger