Calon Barisan Nasional P.166 Rozman Datuk Isli menyatakan bahawa Labuan masih menjadi kubu kuat Barisan Nasional.
Setiausaha UMNO bahagian Labuan ini menyatakan Labuan memang menjadi kubu kuat Barisan Nasional sejak dari dulu walaupun pada ketika ini pihak pembangkang menggandakan usaha mereka untuk meraih sokongan daripada masyarakat setempat dan dilihat sokongan kepada meraka sedikit meningkat.
Walau bagaimana pun pihak Barisan Nasional Labuan juga tidak alpa dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab bagi menghadapi pilihanraya kali ini.
Rozman Datuk Isli juga menyatakan bahawa manifesto Barisan Nasional telah pon dilaksanakan sebelum ini dan penambahbaikkan dibuat bagi memastikan manifesto yang dibentang seiring dengan transformasi kerajaan. Menurutnya lagi, Labuan juga tidak ketinggalan merasai transformasi yang dilakukan kerajaan walaupun ianya tidak serancak di sebelah semenanjung. Pihak kepimpinan dan juga agensi-agensi telah berkerja keras untuk memastikan pembangunan selari dengan manifesto yang dibentangkan.
Pihak kerajaan sekarang telah melakukan beberapa gerak kerja untuk memastikan warga Labuan senang untuk seberang. Penambahbaikkan dari sistem feri juga telah dilakukan bagi memastikan warga Labuan senang untuk ke Sabah.
Apabila disoal mengenai jambatan yang menghubungkan Labuan dan Sabah, Rozman Datuk Isli menyatakan perkara itu tidak mustahil serta kajian juga telah dijalankan. Jika terdapat laluan yang dekat bagi menghubungkan Labuan dan Sabah, pembinaan jambatan ini boleh dilakukan.
-MatDespatchOtai
Post a Comment