DAP Kantoi Menipu : Cubaan Raih Undi Simpati... #tolakDAP #PRU13



DAP Pentaskan Opera Cina Untuk Raih Simpati Menjelang Pilihan Raya


Parti Tindakan Demokratik (DAP) berada dalam keadaan serba salah berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan Notis Menurut Seksyen 16(1), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Semalam pendaftar pertubuhan memutuskan di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1996, untuk tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Parti Tindakan Demokratik yang dibentuk oleh Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat pada 15 Disember 2012.

Konflik DAP ini bermula apabila sekumpulan ahli DAP membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai kemungkinan wujudnya kesalahan dan penipuan dalam pemilihan CEC DAP yang lalu. Berdasarkan aduan oleh ahli DAP, Pendaftar pertubuhan mendapati ada asas bahawa Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP telah menyalahi Perlembagaan DAP dalam Fasal X Perkara 1.

Aduan kedua yang dibuat oleh ahli DAP ialah berkenaan jangka masa notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan tidak mencukupi. Beberapa Setiuasaha Cawangan membuat aduan bahawa mereka tidak menerima notis panggilan mesyuarat dalam tempoh 10 minggu sebelum mesyuarat seperti dalam perlembagaan. Aduan tersebut menyatakan, kegagalan menyerahkan notis mesyuarat mengikut tempoh yang ditetapkan menyebabkan sejumlah 753 ahli DAP dinafikan hak untuk hadir sebagai wakil ke Kongres Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik. Ini juga menyebabkan mereka tidak boleh mengundi dalam pemilihan lalu.

Oleh kerana kedua-dua aduan ini mempunyai asas kesalahan yang serius dan kukuh, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menangguh pengiktirafan ke atas jawatankuasa yang baru sehingga mendapat maklumat pembelaan bersama bukti-bukti bagi menolak aduan yang telah dikemukakan oleh ahli DAP sendiri.

Strategi Serampang Dua Mata

Mereka mengharapkan ROS mengharamkan DAP sebelum pilihan raya bagi meneruskan strategi serampang dua mata dalam pilihan raya kali ini.

Pertamanya, DAP berhadapan dengan krisis imej dan kebolehpercayaan parti tersebut di kalangan orang melayu dan Islam. DAP dilihat sebagai parti yang akan menghakis kedudukan orang Melayu dan agama Islam. Kebanyakan orang Pas tidak akan mengundi DAP. Sungguhpun pemimpin Pas dan DAP boleh tidur sekatil, namun ia bukan kepada pengikut Pas di bawah.

DAP percaya jika mereka bertanding atas tiket Pas, lebih besar undi akan diperolehi. Orang Cina tetap akan mengundi calon DAP walaupun bertanding atas tiket Pas. Namun adalah dijangkakan akan terdapat sebahagian orang melayu dan Islam akan mengundi logi Pas kerana percaya DAP tidak mempunyai masalah berada di bawah Pas. Ini akan dibuktikan melalui penggunaan logos Pas.

Dengan menggunakan logo Pas di Gelang Patah Kit Siang percaya ia akan menarik sokongan orang Melayu yang cenderung kepada Pas dan atas pagar di sana. Seorang cina bukan Islam bertanding atas tiket Pas tentu akan memberi imej yang sangat positif terhadap DAP di kalangan orang Melayu yang tidak mahu berfikir.

Kedua, dengan menyalahkan ROS ia memberi implikasi ada usaha untuk tidak membenarkan DAP bertanding atas logo sendiri dilakukan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Ini sudah tentu akan menimbulkan kemarahan kaum Cina dan akan menarik banyak undi simpati.

Ramai pemerhati politik dan juga para strategis dalam BN sendiri percaya sekiranya DAP akan meraih banyak undi simpati kaum Cina jika mereka berjaya mempengaruhi pemikiran kaum Cina bahawa mereka dianiayai oleh BN sehingga tidak boleh bertanding atas logo sendiri. Mereka ingin keadaan seolah-olah BN ini zalim dan takut kepada DAP sehingga cuba menghalang logo mereka dari digunakan.

Sebab itu, sungguhpun ROS dan SPR telah menyatakan mereka layak bertanding atas logo sendiri, mereka masih mencipta kekecohan dan drama politik bagi meneruskan strategi ini. Jika benar mereka khuatir pencalonan mereka akan dibatalkan kera pertikaian penjawat yang sah, DAP boleh sahaja memohon surat pengesahan daripada ROS mengenai siapa sebenarnya yang berkuasa dalam DAP pada masa ini. Tapi ini tidak berlaku kerana mereka sememangnya mencari alasan untuk menggunakan logo Pas dan meraih simpati pengundi Cina,

-Selanjutnya diblog TunFaisal
Share this article :

+ comments + 1 comments

April 20, 2013 at 11:00 AM

Apapun Opera Cina yang dimainkan, rakyat khusus di Gelang Patah tahu tindakan yang dikenakan oleh ROS adalah atas kesalahan pimpinan/pentadbiran DAP yang xtelus dari segi urusan pedaftaran.tadbir dibawah bidangkuasa ROS dan tidak ada kena mengena langsung ngan BN. Sedangkan SPR n ROS sendiri telah isytihar DAP boleh guna logonya?. Pengundi Cina tahu perkara ini manakala pengundi Melayu tentu berbelah bagi bila logo bulan PAS digunakan oleh Roket, ini bermakna roket boleh menguasai bulan.

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger