Anak Tempatan Lawan Anwar Ibrahim Janji Perubahan Besar Buat #PermatangPauh #GE13 #BetterNation

Anak tempatan yang akan menentang Ketua Pembangkang.
Pencalonan wakil Barisan Nasional untuk Parlimen Permatang Pauh berlangsung dengan lancar siang tadi dengan diiringi oleh ribuan penyokong. Calon BN, Dr Mazlan Ismail merupakan anak tempatan Permatang Pauh yang akan menentang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di kubu kuatnya.

Beliau menyatakan dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakyat setempat pasti akan membantu secara tidak langsung untuk membangunkan kawasan yang akan diwakilinyanya. Menurutnya lagi, pilihanraya kali ini merupakan pertandingan satu negara demokrasi yang mana semua orang mempunyai hak untuk sama-sama mengambil bahagian.


Dr Mazlan Ismail juga yakin rakyat akan memberi kepercayaan dan undi kepada calon yang dapat memberi perubahan besar dan menyumbangkan perkhidmatan yang terbaik. Dia juga yakin bahawa pengundi di Permatang Pauh merupakan pengundi yang bijak dan pada pilihanraya kali ini mereka akan membuat satu keputusan yang sangat hebat untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Bekas ahli PAS ini juga menyatakan bahawa apa yang penting pada PRU-13 ini adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 

"Kita sudah sampai ke PRU-13 dan kita sudah cukup matang dalam politik negara ini," katanya. "Politik yang melibatkan integriti, personaliti, moraliti bukan lagi mainan dalam PRU-13 kali ini."

Dr Mazlan Ismail juga menyatakan bahawa dia akan membawa satu perubahan yang besar untuk penduduk Permatang Pauh. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk mengalahkan Anwar Ibrahim dengan majoriti yang besar dan ianya adalah sesuatu yang realistik dan bukan mustahil.



-MatDespatchOtai
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger