#KL112 - RELA Sedia Membantu Pasukan Keselamatan, Kerajaan - @KP_RELA


11/1/2013 - Ketua Pengarah Rela Malaysia, Dato' Mustafa Haji Ibrahim menegaskan Pasukan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA) sedia membantu pasukan keselamatan &

kerajaan dalam Perhimpunan #KL112 yang dianjurkan oleh pembangkang esok (hari ini) jika diperlukan.



Berdasarkan jumlah keahlian yang ramai di Selangor dan Kuala Lumpur, Dato' Mustafa yakin RELA dapat memberikan khidmat walaupun dimaklumkan dalam notis singkat jika

sebarang kejadian yang dapat mengganggu gugat keselamatan negara berlaku dalam perhimpunan itu nanti.

Dato' Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari RELA ke 41 di Kem Latihan RELA Sungai Udang, Melaka.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. #UMBX - All Rights Reserved
xxxx xxxx xxxx xxxx
Proudly powered by Blogger