KEPALA BATAS: Pemuda Umno mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH susulan keputusan Majlis Syura Pas bahawa kalimah itu khusus untuk agama Islam.
Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya hairan kerana sehingga hari ini, Lim yang juga Setiausah Agung DAP, hanya membisu dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
"Beliau yang mulakan perkara ini (kontroversi isu kalimah ALLAH), tetapi selepas mengeluarkan kenyataan itu Lim hanya mendiamkan diri dan saya difahamkan beliau juga cuba mengelak apabila ditanya media.
"Mengapa perlu takut, kalau berani minta beranilah jawab, sekutu mereka (Pas) sudah beri jawapan dan sekarang DAP dan PKR pula perlu tampil dengan pendirian mereka. Saya pasti semua orang sedang tunggu (pendirian parti)," katanya di sini, hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 kepada 600 pelajar di kawasan Parlimen Kepala Batas yang dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Anggota Parlimen Kepala Batas.
Isu itu dibangkit oleh Lim semasa berucap sempena sambutan Krismas lepas, menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah 'ALLAH' dalam Bible bahasa Melayu.
Kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, namun pemimpin parti sekutu DAP termasuk Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Nik Abdul Aziz serta penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.
Bagaimanapun susulan keputusan majlis syura itu, Abdul Aziz mengubah pandangan yang bukan sahaja tidak bersetuju dengan Lim, tetapi juga menegaskan kalimah ALLAH hanya merujuk Tuhan Yang Satu dan perbuatan menggunakannya untuk agama lain adalah mengarut.
Reezal yang Ketua Pemuda Umno Kepala Batas turut menuntut Lim menarik balik kenyataannya itu.- Bernama
CHE WAN AL LAKAZAM KEHABISAN MODAL SERANGAN
-
Selama ni kita dapat melihat serangan demi serangan yang dilakukan oleh Che
Wan Al Lakazam terhadap Dato Azlan dan syarikatnya kononnya menjual tanah
lot...
1 year ago
Post a Comment