Semalam semasa berlangsungnya pencalonan untuk Parlimen Shah Alam, Barisan Nasional yang diwakili oleh Yb Zulkifli Noordin datang ke tempat pencalonan dengan disambut oleh ribuan penyokong.
Di sebalik isu panas melibatkan kaum india, Zukifli Noordin disambut baik oleh kaum India semasa pencalonan yang berlangsung semalam. Bukan setakat kaum India, tetapi masyarakat setempat juga menyambut baik pencalonan Yb Zulkifli Noordin sebagai calon Barisan Nasional yang akan bertanding di bahagian tersebut.
Beliau yang mewakili Barisan Nasional akan bertanding di Parlimen Shah Alam untuk memberi tentangan hebat kepada calon Pakatan Rakyat dari Parti PAS iaitu Khalid Samad.
Apabila ditanya mengenai peluang kemenangan di kawasan tersebut, beliau menyatakan keyakinannya untuk menang adalah tinggi dan menolak sebarang kemungkinan untuk kalah di kawasan yang ditandingi.
Zulkifli Noordin terkejut dengan pemilihannya sebagai calon Barisan Nasional yang dipilih oleh Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri "Caretaker" untuk bertanding di Parlimen Shah Alam menentang Khalid Samad.
Bekas ahli parlimen Bandar Baru Kulim ini mengakui banyak kesilapan yang dilakukan semasa bersama dengan pembangkang, dan kini baru sedar akan kecantikkan politik Barisan Nasional.
Menurutnya lagi, Selangor memerlukan sebuah kerajaan yang bertamadun dan apabila diulas lebih lanjut beliau menyatakan perlembagaan negeri sedia ada telah digubal oleh golongan atas golongan pertengahan yang mahukan nilai, pendidikan, kemudahan dan sistem keselamatan yang lebih baik.
-MatDespatchOtai
No comments:
Post a Comment