Pages

Sunday, April 21, 2013

Datuk Ahmad Fauzi Tekad Bela Nasib Rakyat Di Parlimen Setiawangsa.

Calon muka baru Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari memberitahu bahawa pengalamann serta latar belakangnya berada di kawasan akan ditandingi lebih 20 tahun mampu menjadikan beliau wakil rakyat yang mampu memuaskan hati rakyat.

Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa itu, beliau melihat  antara projek yang boleh dilaksanakan olehnya adalah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan rumah pangsa kos rendah untuk golongan pesara polis dan tentera yang berada di kawasan tersebut.

Antara faktor yang membuatkan beliau memilih untuk melaksanakan projek tersebut adalah bagi membalas jasa serta pengorbanan golongan pesara tentera dan polis yang telah banyak menabur bakti kepada agama, bangsa dan agama.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini juga menyatakan hasrat untuk meneruskan misi bagi mempertahankan kerusi yang dulunya disandang oleh Datuk Seri Zulhasnan Rafique selama dua penggal berturut-turut. Beliau juga ingin meneruskan apa yang telah diperjuangkan oleh Datuk Seri Zulhasnan sambil membuat penambahbaikkan bagi memenuhi kesejahteraan penduduk.

"Saya ambil amanah ini sebaik mungkin agar dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang telah dilakukan oleh wakil rakyat sebelum ini iaitu Datuk Seri Zulhasnan." katanya lagi.

"Saya berharap beliau (Zulhasnan) dan barisan pimpinan BN Setiawangsa lain terus memberi sokongan padu dan sentiasa berada di belakang saya menjelang waktu berkempen nanti,'' katanya yang juga Setiausaha Kerja BN Wilayah Persekutuan.


-MatDespatchOtai

No comments:

Post a Comment