Wan Ab. Halim Wan Ismail
KUMPULAN Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor, yang menjadi perhatian ekoran isu perlombongan pasir tiga tahun lalu, kini dilihat berhadapan dengan krisis pengurusan apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya dipecat.
Sinar Harian difahamkan, Wan Ab. Halim Wan Ismail, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada Julai 2010, dipecat oleh lembaga pengarahnya atas alasan salah guna kuasa dan melanggar prosedur operasi.
Pemecatannya Wan Ab. Halim, 65, dilihat mengejutkan banyak pihak dalam KSSB sendiri memandangkan kontraknya disambung dua tahun lagi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Julai lalu.
Pemecatannya dimaklumkan kepada Wan Ab Halim secara bertulis awal bulan selepas lembaga pengarahnya melantik sebuah firma bebas untuk menjalankan siasatan.
Usaha mendapatkan pengesahan beliau dan lembaga pengarah belum berhasil.
Sinar Harian juga difahamkan lembaga pengarah mengadakan mesyuarat sehingga lewat malam tadi membincangkan isu ini.
“Beliau (Wan Ab. Halim) dipecat awal bulan ini, pemecatan berkuat kuasa akhir Januari... difahamkan akan ada CEO bulan depan,” kata sumber yang dekat dengan KSSB kepada Sinar Harian.\
Selanjutnya di blog Jawa Bernam
No comments:
Post a Comment