Isteri Ketua Umum KEADILAN itu turut menyatakan harapan dan sokongan terhadap perjuangan umat Islam di Gaza, Palestin. “Kita beri sokongan semampu yang boleh. Tak kira dalam apa jua yang memberi kebebasan kepada Gaza. Dengan harapan rakyat tak perlu ditindas lagi, dan Gaza sendiri tidak berpecah,” kata beliau.
Umat Islam di Palestin mengalami kezaliman Zionis Yahudi sejak lebih 70 tahun lalu dengan pelbagai cabaran. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas dan mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin di Gaza yang memilih secara demokratik Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri.
Selanjutnya di UtaraNews
No comments:
Post a Comment