Rakyat Malaysia akan dapat membeli motorsikal dengan harga yang jauh lebih murah jika Anwar dipilih untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 nanti.
Rafizi Ramli berkata, di bawah pentadbiran Umno-BN sekarang, pemilik motosikal perlu membayar duti eksais sehingga 20 peratus bagi saiz enjin bawah 150cc dan 30 peratus untuk kapasiti enjin melebihi 150cc.
“Ini bermakna bagi motosikal paling murah sekitar RM5,500. Jumlah cukai yang dikenakan adalah RM1,334 (cukai eksais dan cukai jualan),” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
“Lebih membebankan apabila institusi kewangan tidak menawarkan pinjaman untuk membeli motosikal bersaiz enjin rendah kerana ia tidak mempunyai nilai pasaran kedua yang baik.
-Selanjutnya diblog MediaPermatangPauh
No comments:
Post a Comment