Menjelang hari penamaan calon pada Sabtu, Pas Negeri Sembilan hari ini bertindak menggugurkan seorang calonnya iaitu di kerusi Parlimen Tampin dan menggantikan dengan calon lain.
Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani berkata, Yang Dipertua Pas Tampin, Zakaria Khalim yang dicalonkan sebelum ini dan dijangka berdepan dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor di kerusi itu digantikan dengan Razakek Abdul Rahim.
"Kedua-dua nama tersebut (Zakaria dan Razakek) berada dalam senarai pendek untuk kerusi Parlimen Tampin tapi menjelang saat-saat akhir ini kita berbincang semula mengenai calon yang lebih sesuai.
"Kita mendapati Zakaria tidak bersedia menjadi calon pada pilihan raya ini jadi kita tukar kepada calon nombor dua dalam senarai kerusi itu iaitu Razakek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -Bernama
No comments:
Post a Comment