Pages

Friday, January 25, 2013

Reaksi Tantawi Apabila DS Najib Ke Gaza



Kesian juga kalangan blog pembangkang terpaksa kerja lebih masa perah otak untuk memperlekehkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza.

Mungkin sudah tidak ada jalan...maka kebanyakannya bergayut dan putar sakan kenyataan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati dengan lawatan itu.

Budak sekolah darjah satu pun tahu kenyataan itu tidak lain tidak bukan semata-mata kerana masalah politik dalaman antara Fatah dan Hamas.

Gaza,yang bersempadan dengan Mesir merupakan kawasan Hamas pimpinan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh manakala Mahmoud Abbas pula di Tebing Barat yang terkepung dengan kawasan dikuasai Israel.

Melihat dari segi kedudukan dua kawasan itu - Gaza dan Tebing Barat yang terpisah begitu, siapa sahaja boleh faham mengapa Najib tidak dapat lintas untuk jumpa Mahmoud Abbas.

Gaza senang boleh masuk melalui sempadan Mesir tetapi lain halnya dengan Tebing Barat.

Namun puak-puak yang jadi 'jiwa kacau' dengan kejayaan lawatan Perdana Menteri itu tetap mengambil sikap standard golongan parti bulan - tutup mata dan pekak telinga.

Kalau tidak faham juga, boleh baca komen Najib sendiri yang meminta agar lawatannya ke Gaza tidak disalah tafir.

Menurutnya lawatan itu tidak memberikan kelebihan dan kekurangan kepada Hamas mahupun Fatah.

Kata Perdana Menteri rancangan asal beliau untuk melawat kedua-duanya, Tebing Barat dan Gaza, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana sekatan yang sedia ada di Tebing Barat.

"Saya tidak dapat lawat Ramallah (Tebing Barat yang dikuasai Fatah) yang ruang udaranya di bawah kawalan Israel dan Israel tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel," katanya di Kaherah kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatannya ke Mesir.

Selanjutnya di portal AgendaDaily

No comments:

Post a Comment