Pages

Thursday, January 24, 2013

Ingat hukum @NikAbdulAziz , HARAM Sambut #MaulidurRasul


Salam Maulidur Rasul 1434H kepada semua pembaca MyMassa. Sebagai umat Islam yang beriman dan bertaqwa, hari ini seharusnya menjadi hari yang cukup istimewa buat kita semua kerana ia merupakan hari diutuskan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW ke dunia ini. Kelahiran beliau telah membawa rahmat kepada kita semua, dan hasilnya kita semua dapat lahir dan hidup di dalam nikmat Islam.

Apa akan jadi jika Allah SWT mentakdirkan tiada lagi rasul selepas ISA AS?!! Sudah tentu kehidupan kita, malahan tamadun manusia tidak mencapai kemajuan seperti yang ada sekarang ini! Usah salah faham dengan menganggap bahawa tamadun Kristian yang membawa perubahan kepada peradaban manusia, kerana tanpa syiar Islam dan Al-Quran melalui Muhammad bin Abdullah, sudah tentu manusia akan terus hidup dalam zaman kegelapan dan jahiliyyah.

Begitulah pentingnya kita sebagai umat Muhammad mengingati dan menyambut hari ini sebagai satu hari penting dalam hidup kita semua. Tidak timbul soal bida'ah ataupun meniru perayaan Krismas. Malah, kalau ditanya tentang Hari Krismas kepada penganut Kristian sekali pun, mereka masuh lagi bercanggah yang tarikh 25 Disember itu sama ada hari kelahiran Jesus ataupun hari ia disalib.

Namun apa yang amat menyedihkan buat kita semua, sambutan Maulid Nabi ini mulai diperlekehkan oleh sesetengah pihak yang begitu terhutang budi dengan puak kafiruun. Dan yang lebih menyedihkan, orang yang mempunyai ilmu agama sendiri yang mengepalainya dengan mengaitkannya pula dengan ajaran Kristian/bid'ah! Dan kerana perbuatan-perbuatan seperti inilah umat Islam terus menerus menjadi keliru dan berpecah belah, sehingga ada di antara kita yang menghina perarakan Maulidur Rasul yang menjadi tradisi kita selama ini!

Selanjutnya Di blog Mymassa

No comments:

Post a Comment